Friday, March 7, 2014

Pasangan Kena Hukum Gantung Dera Orang Gaji Sampai Mati


SHAH ALAM 6 Mac - Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia yang tidak diberi makan secukupnya, empat tahun lalu. Hakim Datuk Noor Azian Shaari memutuskan demikian terhadap Fong Kong Meng, 58, dan isterinya, Teoh Chin Yen, 56, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Dalam penghakimannya, beliau berkata, keterangan pembelaan kedua-dua tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata. "Semasa bekerja dengan tertuduh-tertuduh, mangsa mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi hanya tinggal 26 kilogram semasa meninggal dunia malah sebab kematian dan fizikal mangsa tidak dapat disangkal oleh pihak pembelaan," ujar Hakim Noor Azian.

Kong Meng, bekas jururunding pendawaian dan isterinya yang merupakan suri rumah didapati bersalah bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No. 90 Jalan SS2/6 Sea Park, Petaling Jaya, dekat sini antara 14 Mei 2010 dan 5 Jun 2011. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Terdahulu, Hakim Noor Azian berkata, pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan berhujah, kematian mangsa disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh tidak membekalkan makanan mencukupi dan memberi rawatan perubatan kepada mangsa. Seramai 16 saksi pendakwaan dan enam saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 30 Julai 2012.


Zaleha ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan secepat mungkin terhadap keputusan tersebut. Menurut laporan akhbar, pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 7.50 pagi, 6 Jun 2011 namun disahkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital tersebut. Mangsa mula bekerja dengan pasangan tersebut sejak Disember 2008. Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam baharu dan lama serta calar pada bahagian belakang, dahi serta lengan mangsa. - mstar

Aku tak faham, langsung tak ada sifat peri kemanusiaan. Suami isteri dera orang gaji memang tak patut. Anak pulak mesti tahu pasal hal ini, tapi diamkan diri. Apalah nak jadi...
Mungkin dia ingin melepaskan geramnya kepada seseorang, tapi orang gaji indonesia itulah yang jadi mangsa. Kita kalau nak lepaskan geram dengan cara memaafkan bukannya dengan cara membalas. Akhirny diri sendiri yang kena. Selamatlah dalam penjara dan hukum gantung pulak. Tak cukup dengan itu bikin malu satu keluarga. 


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas