Friday, March 14, 2014

Imej Terbaru Hunny Madu Sebagai Penyanyi?

ENAM tahun bagi Hunny Madu sudah cukup untuk menggalas tugasan sebagai penyampai radio Fly FM dan Hot FM.
agaknya ini imej terbaru hunny ?

Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd. Hatim, 29, akhirnya melepaskan tugasannya itu pada 31 Disember lalu.

Ia adalah bagi menumpukan perhatiannya pada bidang nyanyian dan syarikat produksi milik keluarga, MTertain Sdn. Bhd.

"Saya bermula sebagai penyampai radio dan ia tempat yang bagus untuk mengasah bakat. Kalau tak jadi penyampai radio, mungkin saya tiada peluang jadi hos program seperti Nasi Lemak Kopi O dan Versus.

"Bagaimanapun, sebelum umur 30 tahun, saya buat keputusan untuk fokus menyanyi, dan ia lebih baik jika saya tidak terikat dengan mana-mana stesen radio.

"Kalau kita menyanyi dan juga menjadi penyampai radio, muzik kita akan mati. Jadi, saya korbankan kerjaya radio untuk jadi penyanyi," ungkapnya ketika ditemui pada majlis pelancaran suatu jenama barangan kemas di KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini

Memilih untuk menyanyi daripada menjadi penyampai radio, Hunny mengakui risikonya. Namun, dalam hidup dia perlu mengambil risiko itu.

"Ada orang cakap lebih baik saya jadi penyampai radio daripada menyanyi. Saya ambil sebaris bait lagu Oh Chentaku sebagai kekuatan iaitu 'baik mati mencuba, jangan mati kecewa'.

"Semua benda saya buat kerana minat tetapi apabila kita sudah kurang minat, baik undur diri daripada beri kesan kepada pasukan," akuinya yang mencintai dunia nyanyian lebih daripada dunia penyampaian radio.

Selama ini, Hunny tidak berpeluang serius dengan nyanyian sebab sibuk dengan komitmen pada radio. Jadi, dia korbankan kerjaya di radio demi mencapai impiannya untuk bergelar penyanyi.

"Selain tu, saya juga kini bergelar penerbit bagi syarikat produksi milik keluarga iaitu MTertain Sdn. Bhd. yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu.

"Kami menghasilkan program-program untuk stesen-stesen TV. Setakat ini kami sudah terbitkan dua program iaitu Raikan Cinta dan Destinasi Ria," kongsinya lagi. - kosmo

Kalau nak dapatkan kepuasan dalam hidup ni, kenalah ambil risiko. Ada ramai penyanyi kat luar sana yang terkandas di tengah jalan sebab hanya mengharapkan suara yang sedap, zaman sekarang nak capa tahap survival dalam kareer penyanyi kenalah ada pendapatan tambahan dan tahu cipta lagu sendiri tak mengharapakan komposer semata-mata. Komposer mestilah cari orang yang popular, kalau tak popular buat apa nak kasi lagu kat dia, komposer pun nak cari untung juga....tapi hakikatnya penyanyi akan mengalami situasi tak popular setelah dikenali. So...fikir2kan sendiri. 

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas