Wednesday, March 5, 2014

Hanez meminta Nurliyana Minta Maaf Kerana Memfitnah

PETALING JAYA: Pelakon Hanez meminta Nurliyana Abd Manan iaitu isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengannya memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, jika Nurliyana tidak berbuat demikian, dia akan mengambil tindakan kerana perbuatannya telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.

"Selepas saya dan keluarga dihina masyarakat, saya harap dia (Nurliyana) dapat membersihkan nama saya dengan memohon maaf kepada saya secara terbuka.

"Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.

"Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dian tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ," katanya. Hanez ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu apabila dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.

Sidang media itu diadakan di Hotel One World di sini pada Rabu.

Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie Razin Adilha, 34, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R dan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Tidak lama kemudian, Hanez telah dihentam oleh seorang individu menerusi laman Instagram miliknya dengan mengatakan kekasih pelakon itu sebenarnya masih suami orang dan mereka belum lagi bercerai. - mstar

Kita tak sepatutnya cepat sangat menghukum seseorang sebelum mengenali seseorang dan tahu apa sebenarnya berlaku. Ramai sangat tuduh Hanez macam-macam, cubalah fahami dirinya. Perempuan memang lah mudah terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki terutama suami orang pandai mengaayat dan pandai melayan wanita. Kalau korang pun agak-agaknya akan cair dah la ada bisnes dan kereta mewah pula tu... Jadi cubalah fahami Hanez, jangan hentam-hentam dia dengan kata-kata makian dan cacian. Kta tak tahu hal sebenar. Semua orang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam hidup. Dari kesilapan kita pelajar untuk terus ke hadapan. 


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas