Sunday, March 9, 2014

Cukup-Cukuplah Kutuk Hanez

BUKAN lagi seperti menjolok sarang tebuan namun, situasi yang sedang dihadapi wanita bernama Hanez Suraya kini tidak ubah umpama memelihara diri dalam sarang lebah. Di kiri, kanan, atas dan bawah serta di sekelilingnya ada musuh-musuh yang sedang menunggu peluang untuk menghukumnya tanpa belas.

Dia dibenci bagaikan kupu-kupu malam yang tidak punya maruah. Dia dihumban dengan kata-kata nista dan keji yang dimuntahkan bersama bisa amarah dari hati dendam. Segala yang hitam, busuk dan jalang, semuanya dilontarkan kepada wanita berusia 29 tahun itu. Lihatlah betapa 'berdosanya' seorang wanita jika terjebak ke lembah cinta bersama suami orang.

Sejak dua minggu lalu, kontroversi status kekasih Hanez Suraya yang dikenali sebagai Mr. R atau Romie Razin Adilha, 34, bertiup kencang. Sehinggalah Ahad lalu, kemunculan seorang wanita bernama Nurliyana Abd. Manan mengejutkan ramai. Mengakui dia masih lagi isteri yang sah kepada lelaki yang kini mendampingi Hanez, Liyana turut menuduh Hanez sebagai perosak rumah tangganya yang dibina sejak lapan tahun lalu.

Tanpa mengenali Hanez secara intim, pelakon yang terkenal sebagai jurucakap produk kecantikan Aura White itu didekati penulis. Mengajaknya bercerita tentang pahit dan episod hitam yang sedang dijalani, Hanez mengakui dia hampir terduduk namun tidak pula membiarkan dirinya jatuh dan terus terjelepuk.

"Ini impak paling teruk yang pernah saya lalui sepanjang 10 tahun dalam industri. Rasa macam kena baling dengan batu pun ada, tetapi tidak membuatkan saya mengurung diri, cuma rasa malas nak keluar dari rumah. Saya sudah tahu semua situasi ini sejak mula kenal Romie, sebab itu saya tidaklah tertekan atau terkejut sangat.

"Sebab itulah saya buat sidang media pada hari Rabu lalu. Kalaulah saya seorang sahaja yang menjelaskan segala-galanya, siapa yang mahu percaya. Sekarang, setidak-tidaknya pihak lelaki, Romie bersama peguamnya sudah tampil memberikan keterangan. Saya lega kerana tidak sendirian berdepan situasi yang sulit ini, dia ada di sini saya," ujar Hanez cuba untuk menenangkan perasaannya.

Kalau benar sekalipun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, wanita mana yang mampu bertepuk riang saat gelaran perosak, pemusnah dan perampas suami orang ditembak tepat ke mukanya. Inikan pula kata Hanez, 90 peratus daripada pendedahan yang dilakukan oleh Liyana (isteri kekasihnya) itu tidak benar.

"Walaupun saya belum berkahwin, tetapi sebagai wanita saya cuba memahami apa yang dirasai oleh pihak wanita berkenaan. Sejak dari awal perkenalan, Romie jenis yang berterus-terang tentang masalah yang sedang dihadapi bersama isteri. Tetapi, dia kenal saya bukanlah untuk menceritakan kesedihannya sahaja. Cuma dalam proses berkawan, dia tidak pernah berahsia dengan saya, tetapi saya tidak pernah masuk campur hal mereka. Tidak pernah juga saya menyuruh Romie menceraikan isterinya. Saya cuma minta bertenang dan fikirkan soal anak-anak.

"Terus-terang saya katakan, saya terpikat dengan keterbukaan dan kejujuran yang ditunjukkan Romie selama ini ini. Dia benar-benar serius mahu mencari seorang isteri. Dia bertemu keluarga saya dan saya dibawa bertemu keluarganya. Daripada situlah saya terfikir, mungkin jodoh saya telah sampai.

"Saya terima dia seadanya. Lainlah kalaulah saya mengenali Romie ketika dia sedang bahagia bersama isteri, kalau begitu, saya dengan relanya mengundur diri," jelas Hanez yang mengakui kali pertama mengenali Romie pada tanggal 20 Disember lalu.

Si lelaki dituduh curang dan dayus kerana mempertahankan kekasih bukannya isteri sendiri, manakala Hanez pula berdepan pelbagai gelaran yang tidak seronok didengar. Pendek kata, perhubungan Hanez dan Romie seolah-olahnya berdepan jalan buntu. Sementara menunggu keputusan perceraian Romie di mahkamah, Hanez terpaksa menunggu kepastian impian membina mahligai bahagia bersama lelaki yang baru dikenali sekitar tiga bulan lalu menjadi realiti.
"Soal jodoh di tangan Tuhan, apa yang paling penting bagi saya ialah restu daripada keluarga. Soal berapa lama berkawan itu bukan penghalang jodoh.

Jangan biadab

"Sebenarnya saya sedih dengan keadaan ini. Sedih dengan sikap orang luar yang sewenang-wenangnya menghukum saya dengan macam-macam penghinaan. Kalau setakat saya seorang sahaja tidak mengapa, ini sampai melibatkan ibu bapa saya. Saya tahu orang sedang marah tapi janganlah biadab," ujar Hanez.

"Kalau kita ikhlas dengan orang itu, dan orang itu ikhlas dengan kita, saya tidak perlu takut kepada balasan. Selama ini, saya juga pernah mengenali beberapa orang lelaki, walaupun tiada jodoh, saya tidak pernah mengaibkan sesiapa," kata Hanez tenang.

Jika diminta untuk bersemuka dengan Liyana, Hanez turut berani berbuat demikian. Bukan terlalu yakin bahawa kebenaran memihak kepadanya, namun, pengakuan Romie bersama peguamnya tempoh hari sedikit sebanyak memperbetulkan keadaan. - kosmo
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Power_Misteri_Nelayan_Terperangkap_di_Alam?id=8AJ8AgAAQBAJ

Sebenarnya Feredea cukup memahami apa yang berlaku pada Hanez, kerana saya pernah juga kena ngorat dengan laki orang pada masa dulu. Lagi dasyat laki tu mengaku duda tapi sebenarnya suami orang. Nasib baik tak berjaya. Tapi rasa frust tu Tuhan saja yang tahu.... Cara mereka menggoda penuh dengan kata-kata manis, layanan yang penuh dengan kemesraan dan tanggungjawap. Biasalah suami orang kan dah pernah ada pengalaman, suami orang memang expert bagaimana nak layan hati seorang perempuan.

Kalau mereka nak pikat mana-mana gadis yang mereka nak bila-bila masa pun boleh. Lagilah kalau mereka ada masalah dengan isteri, dan ada wang yang banyak. Contoh macam isteri curang, atau isteri tak bagi layanan yang dia nak, susah tentu sang suami akan cepat cari perempuan lain. Mereka tak akan cerai, kerana masih lagi sayangkan pada anak-anak. Mereka akan tetap mencari mengisi kekosongan hati. Misalan apa yang berlaku pada Romie, sekirannya Hanez tak layan, dia tetap akan cari gadis lain sebagai pengganti. Feredea tak menyalahkan Romie, sebagai seorang lelaki dia berhak dan ada hak di sisi hukum untuk berkahwin dengan lebih dari seorang isteri. Respek juga pada Romie ni, sanggup bawa Hanez juga ibubapa dia menunjukkan dia benar-benar ikhlas dalam perhubungan. Ada ramai suami orang yang kalau nak kahwin lagi satu buat secara senyap-senyap, tampa pengetahuan isteri dan ibubapa, itu dah macam penganiyaan pada perempuan. 

Kalau boleh, orang awam, hentikanlah mengutuk Hanez, Romie dan isteri Romie. Perkara ini tak ada siapa yang benar-benar salah dan tak ada siapa yang benar-benar berada di pihak yang benar. Pada isteri Romie, sudah-sudah la tu ... tak payah nak ikutkan hati sangat. Kalau awak benar-benar sayngkan suami awak, pikat hati dia semula dengan layanan yang baik. Kalau awak rasa awak dah tak boleh nak bahagiakan suami, jangan salahkan orang lain, dan jangan pula marahkan perempuan lain yang jadi mangsa godaan suami awak. kita kan perempuan. Manusia biasa. 


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas