Tuesday, March 4, 2014

Lanjutan Kes Bapa Pukul Anak di Sweden

STOCKHOLM: Rakyat Malaysia yang merupakan bapa kepada empat kanak-kanak yang dibicarakan di Sweden kerana memukul anak-anaknya memberitahu mahkamah di sini bahawa dia hanya memukul anak-anaknya ketika mereka tinggal di Afrika Selatan dan Malaysia.

Azizul Raheem Awalluddin mendakwa dia pernah memukul anak-anaknya sebelum berpindah ke Sweden, bertentangan dengan apa yang diberitahunya kepada polis tempatan dalam temubual sebelum ini.

Pendakwa Raya Anna Arnell menegaskan bahawa Azizul mengaku bahawa dia memukul anak-anaknya untuk mendisiplinkan mereka walaupun selepas polis menjelaskan bahawa mereka hanya bertanyakan dalam konteks semasa keluarga itu tinggal di Sweden.

Azizul menjawab bahawa dia telah tersalah faham dengan soalan polis kerana berasa gementar.

"Ini adalah kali pertama saya disoal siasat oleh pihak polis. Saya sangat gugup dan otak saya tidak berfungsi, saya fikir soalan itu bermaksud jika saya pernah memukul mereka sepanjang hidup mereka," katanya kepada mahkamah daerah Solna, Isnin.

Sweden telah mengharamkan tindakan memukul kanak-kanak sejak tahun 1979 dan ini bermakna Azizul dan isterinya Shalwati Nurshal bakal berdepan hukuman enam tahun penjara jika didapati bersalah memukul anak-anak mereka.  Anna menyenaraikan berpuluh-puluh kejadian pukul seperti yang didakwa oleh empat orang anak pasangan dari Malaysia ini sebelum perbicaraan itu dan kemudian bertanya kepada Azizul jika semua kesalahan itu berlaku di luar Sweden.

"Ya," jawab Azizul dengan ringkas.

Dia menjelaskan bahawa ketika di Sweden dia menjadi seorang bapa yang kurang sifat garang dan hanya memukul meja atau menjerit untuk mendapatkan perhatian anak-anaknya. Apabila ditanya mengapa Azizul sendiri yang mengatur satu lagi temubual dengan pihak polis, selepas disoal siasat sebanyak lima kali sebelum ini (ada di antaranya tanpa kehadiran peguam), Azizul berkata dia terpaksa menjelaskan beberapa kesilapan."Meneliti semula transkrip temu bual dengan peguam saya, sebahagian daripada jawapan saya seolah-olah telah disalah tafsir," kata Azizul.

"Bagaimana perkara-perkara begitu boleh menjadi salah," kata pendakwa dalam keadaan tidak ramah.Azizul menyebut contoh yang diberikan kepada polis di mana ibu bapa Islam boleh memukul anak-anak jika mereka tidak menunaikan solat.

"Saya tidak akan berbuat demikian. Jika mereka tidak solat, saya akan mengajak mereka bersama-sama saya, " kata Azizul, sambil Shalwati dilihat mengangguk-anggukkan kepala.Peguam Azizul, Jonas Tamm meminta anak guamnya untuk menggambarkan watak Ammar, anak sulung yang telah melaporkan kepada kaunselor sekolah bahawa ibu bapanya memukulnya."Ammar suka dirinya menjadi perhatian dalam semua. Untuk mengambil bahagian dalam perbualan, dia akan bertindak seperti dia 'tahu semua' dan kadang-kadang mengada-adakan cerita," kata Azizul.Apabila ditanya mengapa dia tidak lagi memukul anak-anaknya ketika di Sweden, Azizul berkata ia kerana empat anaknya lebih dewasa dan terurus berbanding ketika mereka menetap di Afrika Selatan. Perbicaraan akan diteruskan pada 5 Mac. - mstar

Kesimpulannya, nak didik anak kenalah ikut zaman dan tempat. Begitulah memang dah ditetapkan hukum Allah supaya memukul anak yang tidak solat tapi itu adalah jalan yang terakhir sebelum ada beberapa cara yang dan kaedah yang digunakan. Rasulullah saw sendiri tak pernah memukul anak-anaknya. Cubalah ikut sunnah nabi bila berdakwah dengan anak-anak. Buat dengan cara yang lemah lembut, bila dah meningkat remaja jadikan seperti kawan. Mat salleh memang pandai mendekati remaja, sebab tu, anak dia boleh bercerita denagn kaunselor sekolah tentang ibubapanya. Harap kita semua ambil iktibar.



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas