Friday, March 7, 2014

Bapa Cuai Tinggal Anak Dalam Kereta Sampai Mati


https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Power_Misteri_Nelayan_Terperangkap_di_Alam?id=8AJ8AgAAQBAJKuantan: “Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam. Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis. Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya kira-kira jam 5.30 petang, semalam. Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar dari rumah mereka di Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam, bersama lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah. Katanya, bapa mangsa kemudian menghantar dua anak bersama isterinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir ke sebuah sekolah menengah di Pandan, di sini. - hmetro


Kecuaian dan lalai adalah sebab tak menghargai pemberian Allah. Handphone yang mahal tak lupa, kereta yang mahal boleh pula kunci, tapi anak sendiri tak penting bagi mereka. Jadi Allah ambil kerana mereka anggap tak penting. Allah dah bagi 5 anak. Ada orang langsung tak ada anak. Mereka yang tak ada anak, tiba-tiba ada anak sanggup buat apa saja demi anak. Tak akan terlintas untuk lupa. Cubalah hargai segala pemberian dari Allah. Setiap insan yang bernyawa akan dipersoalkan nanti. Lainlah hp, laptop, kereta, semua akan ditinggalkan. Harap kerajaan kenakan tindakan pada pasangan ini. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas