Saturday, March 1, 2014

Apakah status anak yang lahir daripada perkahwinan di sempadan Thailand, tapi tidak berdaftar di Malaysia?

Apakah status anak yang lahir daripada perkahwinan di sempadan Thailand, tapi tidak berdaftar di Malaysia? 

Untuk makluman, anak terbabit belum didaftarkan sijil beranak dan tidak mempunyai kad pengenalan. 
Sekiranya pasangan sudah bercerai, adakah perlu didaftarkan di mana-mana pejabat agama di dalam daerah yang mereka duduki atau jika tidak berdaftar adakah jatuh talak itu? 

Sekiranya perkahwinan masih tidak didaftarkan di Malaysia, adakah berdosa dan perlu didaftarkan dengan segera? Bolehkah diberi sedikit prosedur untuk pendaftaran itu? Perlukah ke sempadan Thailand semula?  Nia, Melaka

Dengan berbuat demikian, perkahwinan itu diiktiraf di Malaysia menurut undang-undang keluarga Islam. Malah, dengan adanya sijil nikah, status anak menjadi jelas dan boleh didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Begitu juga apabila berlaku perceraian, proses mendaftarkan perceraian tidak menjadi rumit dan status janda menjadi jelas, malah boleh berkahwin apabila selepas idah nanti. Apabila perkahwinan tidak disahkan di mana-mana negeri, masalah jadi lebih rumit terutama status anak dan taraf perkahwinan. 

Dalam mendaftarkan perkahwinan di Malaysia beberapa prosedur perlu diikut dan puan dinasihatkan mengunjungi mana-mana pejabat agama Islam terdekat untuk mengetahui lebih lanjut dokumen diperlukan terutama sijil pernikahan di Thailand dan pengesahan konsul Malaysia di sana. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kita perlu mematuhi undang-undang yang ada. Walaupun mungkin tidak berdosa pada asalnya jika tidak mendaftarkan pernikahan itu, kita perlu tahu hak dan tanggungjawab bersama. 

Begitu juga hak anak itu sepatutnya diiktiraf, mempunyai ibu bapa yang sah dan jelas keturunannya. Mungkin masa depan anak itu kurang baik jika dibiarkan seperti sekarang dengan tiada sijil beranak, kad pengenalan dan tentunya membabitkan hak untuk mendapat pendidikan sekolah nanti.

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJPada mereka yang terlibat dalam kes sebegini, cepat-cepatlah berdaftar, kesian nanti masa depan anak tu. Dia tak bersalah dan berhak diberikan kerakyatan dan mendapat segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. Apa yang anda perlu lakukan dapatkan surat doktor, buat sijil kelahiran. Kalau tak da surat doktor buat akuan sumpah dan daftar sijil kelahiran secepat mungkin. Rasa seronok tengok wajah baby yang baru lahir, cute sangat, suci dan bersih. Kalau tak nak anak bagilah pada Feredea, daripada buang di mana-mana. Kesian bayi-bayi tu ada ramai lagi yang sudi menjaga dan memberikan kasih sayang dengan sempurna. Hargailah setiap kelahiran. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas