Monday, March 10, 2014

Ada seribu hikmah mengapa saya kena denggi - syamsul

"Bila pertama kali bertemu dengan Sarah, naluri saya mengatakan dia boleh jadi isteri yang baik. Kalau dengan cara bimbingan yang betul, saya yakin dia boleh jadi isteri yang solehah," jelasnya usai majlis akad nikahnya bersama Sarah di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pagi Sabtu lalu.

Biarpun enggan menjalani prosedur rawatan pesakit denggi iaitu dimasukkan G intravenus drip (IV) yang mengandungi cecair saline ketika majlis akad nikah berlangsung, namun Syamsul akur dengan permintaan doktor untuk memasukkan drip ketika sidang akhbar berlangsung.

Dengan wajah sembab dan lemah, Syamsul, 30, tetap bersemangat meneruskan pernikahannya dengan Sarah pada pagi Sabtu lalu.
"Syukur alhamdulillah semuanya selesai. Terus terang saya ingat tidak mampu hendak bernikah pada hari ini. Alhamdulillah berkat pertolongan dan sokongan keluarga saya dan mertua serta kawan, saya mampu datang pada hari ini untuk bernikah. Sarah juga sudah jadi isteri saya yang sah.

"Ada seribu hikmah mengapa saya kena denggi tetapi hikmahnya biarlah saya dan keluarga sahaja yang tahu. Tidak perlulah saya kongsikan," ujarnya.

Sarah yang setia di samping Syamsul pula mengakui sentiasa berfikiran positif menerima dugaan tersebut sebagai persiapannya untuk menjaga Syamsul sehingga pulih daripada demam denggi selepas ini.

"Ini (Syamsul kena demam denggi) merupakan persiapan untuk saya macam mana hendak jaga dia (Syamsul) selepas ini (selepas jadi suami isteri). Macam mana saya hendak menghadapi masa-masa kesukaran bersama dia.

"Saya tidak pernah berasakan ia suatu benda yang sukar atau dugaan sebab saya sentiasa berfikiran positif. Memang tanggungjawab saya menjaga dia di hospital selepas ini," luahnya yang cantik dalam persalinan serba putih rekaan Eja Shahril Collection & Design.

Disoal apa tarikan Syamsul di matanya, kata Sarah, Syamsul mampu membimbingnya selain menganggap suaminya itu seorang guru yang baik kepadanya.

Syamsul juga disoal sama ada mengizinkan Sarah berlakon selepas ini.

Kata Syamsul: "Kita tidak boleh hendak jadi sempurna. Buat apa yang berkat dalam hubungan suami isteri. Kalau dengan menyuruh dia berhenti berlakon memberi keberkatan, saya pilih itu. "Namun dia juga sudah lama berhenti berlakon. Saya gembira melihat dia bekerja di butik. Dia juga ada masa untuk diri dia dan keluarga.

Menyambung bicara suaminya, ujar Sarah pula, dia sudah berhenti berlakon sejak tahun lalu lagi dan ia keputusan muktamadnya. "Saya gembira dengan kerja sekarang di butik Eiliya. Selain itu saya juga sudah ada rekaan baju, jubah dan tudung sendiri. Saya mahu fokus kepada perniagaan itu selepas ini," ungkapnya optimis. - kosmo

Tahniah! semoga bahagia...dan direstui oleh Allah amin




Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas