Sunday, February 2, 2014

Tiket Konsert Anuar Zain Paling Mahal?

MELETAKKAN harga tiket serendah bernilai RM480 sementara tiket termahal RM1,380 seorang untuk sebuah persembahan Minggu Setiausaha yang berdurasi 45 minit, ternyata ia percaturan paling bergaya pernah dilakukan Anuar Zain.

Selama ini, penyanyi hanya diundang sebagai pengisi persembahan sempena Minggu Setiausaha yang sering dianjurkan oleh hotel-hotel atau penganjur berpengalaman. Bagaimanapun, untuk tahun 2014, Anuar telah membuka mata banyak pihak.

Penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Ini itu muncul sebagai satu-satunya artis berkredibiliti yang sanggup mengambil risiko besar apabila memutuskan untuk menganjurkan sendiri persembahan Minggu Setiausahanya.

"Selama ini saya hanya membuat persembahan Minggu Setiausaha anjuran pihak lain. Niat untuk menganjurkan sendiri persembahan sebegitu pernah ada tetapi saya rasa belum mampu melaksanakannya.

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Pertarungan_Antara_Dua_Alam?id=D6WaAgAAQBAJ"Cuma selepas berjaya mengadakan konsert sendiri, keyakinan saya semakin kuat. Didorong pasukan pengurusan dan publisiti yang berpengalaman, saya mahu melakukannya," jelas penyanyi berusia 44 tahun itu tersenyum bahagia.

Anuar juga tidak gentar saat harga tiket setinggi RM1,380 dikatakan sebagai tiket termahal untuk sebuah persembahan Minggu Setiausaha yang disambut pada April setiap tahun.

Harga tersebut juga dikatakan dua kali ganda nilainya berbanding konsert yang dilakukan pada tahun lalu dengan harga tiket paling tinggi sebanyak RM698 sahaja.

"Saya percaya semua artis bekerja keras untuk meletakkan diri ke tempat yang sepatutnya mereka berada. Saya rasa harga itu berbaloi dengan skala persembahan yang bakal saya adakan.

"Projek ini satu eksperimental dan juga cabaran besar untuk saya sendiri. Berdasarkan pengalaman lepas, peminat sanggup membayar harga tiket untuk artis yang mahu mereka saksikan.

http://books.google.com.my/books?id=7gqoAgAAQBAJ&source=gbs_slider_user_shelves_7_homepage"Untuk konsert ini, saya boleh janjikan kepuasan ekstra dan satu pengalaman yang membahagiakan buat semua. Saya percaya ramai lagi artis Malaysia boleh jual tiket mahal tetapi harus bersandarkan bagaimana mereka mencorakkan karier mereka selama ini," kata Anuar Zain yang menganjurkan konsert berkenaan menerusi syarikatnya, Anuar Zain Network Sdn. Bhd. - kosmo


Feredea memang minat Anuar Zain dan lagu-lagu dia memang best dan sedap didengari. Cara olahan muzik di lakukan dengan penuh teliti. Nak cari dan buat lagu pun Anuar Zain pilih yang terbaik dan mahal-mahal...Jadi tak salah la kalau dia letakkan harga tiket pun mahal.



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas