Saturday, February 22, 2014

Shahrizal kahwini Redzwani hujung tahun ini

Kosmo!: Menurut sumber, anda dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini, benarkah dakwaan itu?

SHAHRIZAL: Ya, saya akan berkahwin pada tahun ini, memandangkan tunang saya telah bersetuju. Kami bercadang akan berkahwin selewat-lewatnya akhir tahun ini, namun kami belum mendapat tarikh yang sesuai.

Sesetengah pihak mengatakan, tunang anda seorang ‘pak turut’. Apakah pandangan anda?

Mereka di luar sana tidak mengetahui apa-apa mengenai hubungan kami. Bagi saya, tunang saya itu cukup memahami dan mengerti keadaan diri saya sebenarnya. Dia juga tidak pernah jemu memberi sokongan moral kepada saya agar sentiasa tabah melalui dugaan ini.

Adakah Shahrizal sengaja ingin mempercepatkan perkahwinan untuk meredakan konflik yang melanda anda?

Tidak, sepatutnya kami telah berkahwin pada majlis pertunangan saya dahulu. Namun, ia terhalang disebabkan tunang saya ketika itu masih lagi belajar dan akhirnya kami terpaksa menangguhkan niat tersebut dan menunggu sehingga tahun ini.

Bagaimanakah pula dengan perkembangan kes khalwat anda?

Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, kes perbicaraan semula akan diadakan pada 8 April ini dan pihak pendakwa raya akan mengemukakan sembilan orang saksi. Saya berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar dapat membuktikan saya tidak bersalah dalam kes tersebut.

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
Kenapa anda tidak mengambil keputusan untuk mengaku bersalah dan lupakan segalanya memandangkan Farah sendiri telah mengaku bersalah?


Tidak, saya berpegang kepada falsafah iaitu berani kerana benar, takut kerana salah. Saya tidak takut dan saya hanya mahukan keadilan ditegakkan kerana hal ini melibatkan maruah dan peribadi saya. Sebagai artis, saya perlu membersihkan nama saya.


Adakah kes
tersebut sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi dan menjejaskan karier lakonan anda?


Sepanjang kes tersebut berlangsung, saya tidak merasakan ia mengganggu perjalanan karier saya. Malah, setakat ini tawaran lakonan yang diterima agak menggalakkan daripada pelbagai syarikat produksi. - kosmo

Kisah silam yang lepas bukanlah diri kita, sekirannya kita ingin berubah dan bertaubat. Feredea adalah salah seorang peminat Shah Jazle dalam bidang lakonan. Dia memang seorang yang pandai melakonkan berbagai watak. Selagi kita berbakat dan bekerja bersungguh-sungguh insyallah ada orang yang akan ambil tawaran berlakon. Semoga bahagia. Pasangan yang baik adalah mereka yang saling menerima kebaikan dan kekurangan seseorang dan saling bermaafan. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas