Friday, February 7, 2014

Sepahtu Juara MLM 2013

SHAH ALAM: "Kami ucap terima kasih kepada penyokong dan pengundi dan merancang untuk mengadakan majlis kenduri bagi meraikan mereka nanti," kata Sepahtu. Kumpulan Sepahtu dianggotai Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), Shahmira Muhamad (Shuib) dan Rahim Mat Ali (Rahim) muncul juara final Maharaja Lawak Mega 2013 selepas menewaskan empat lagi kumpulan lain, malam tadi. Jep pula berkata: "Wang kemenangan belum difikirkan lagi untuk digunakan tapi akan diberikan sama rata. Kedudukan Rahim juga hanya untuk projek MLM 2013 dan selanjutnya kami belum dapat tentukan."  
Kejutan dilakukan Sepahtu dengan komedi yang menarik dan menggeletek hati peminat memberi peluang mereka membawa pulang RM500,000 tunai dan trofi. Tempat kedua dimenangi kumpulan Shiro yang dianggotai Shahrol Azizie Azmi (Shahrol) dan Mohd Hanaffi Razak (Ajak). Mereka membawa pulang RM250,000. Tempat ketiga membawa pulang RM150,000 berserta trofi dimenangi kumpulan Bocey yang dianggotai Farid Bocik, Abam Bocik dan Achey.
Kumpulan Jambu dan Nabil yang mendapat tempat keempat dan kelima masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi. - hmetro

Feredea memang sudah menjangkakan Sepahtu akan menang dalam MLM kali ini, sebab semakin hari lawak mereka semakin ke hadapan meninggalkan pelawak-pelawak yang lain. Shiro juga semakin lama semakin baik tapi masa perlawanan akhir mereka tak tunjukkan performance lawak yang terbaik. Paling Feredea rasa layak dapat tempat yang terakhir adalah Nabil, memang padan pun. Tak patut masa saat akhir dia minta simpati macam nak sangat duit tu...orang semua tahu la dia dah loaded sekarang...Isu mak bapak ni orang tak layan sangat. Ada juga orang kata dia macam dah berlagak, sebab masa dia buat lawak dia kata dia masuk adalah restoran mewah. dia kata, nak tau mengapa saya boleh masuk restoren mewah? Sebab saya mampu. Ha ha ha...memanglah dia mampu tengokla jobs dia dah banyak kat TV. Walau apa pun pelawak-pelawak dah tunjukkan performance yang terbaik. Tahniah. Nak tunggu juga kenduri dari Sepahtu ni...bila?

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas