Sunday, February 9, 2014

Saya dan isteri berharap sangat keputusan air kencing positif, tetapi sebaliknya - Black

Saya dan isteri berharap sangat keputusan air kencing positif, tetapi sebaliknya. “Namun doktor beritahu mungkin terlalu awal untuk mengesahkan perkara itu dan menyuruh isteri saya membuat pemeriksaan sekali lagi sebulan dari sekarang.

“Kami memang sangat teruja untuk menunggu keputusan ini kerana kami sukakan kanak-kanak. Ketika melakukan umrah baru-baru ini, doa yang sering diminta ialah dimudahkan dapat zuriat sihat dan soleh,” katanya yang baru pulang mengerjakan umrah pada 16 Januari lalu.

Pasangan romantis ini akui meletak harapan tinggi untuk bergelar ibu bapa secepat mungkin dan meminta semua peminat mendoakan supaya impian itu terlaksana. Dalam pada itu, Black akui mula mengehadkan lakonan untuk menjaga hati isterinya. Katanya, bukan bermakna bidang yang baru diceburi itu tidak disukai isteri, sebaliknya ia merujuk kepada babak yang memerlukan dia berinteraksi serta berlakon secara mesra dengan pelakon wanita lain.

Sebelum ini, Black pernah muncul dalam drama bersiri Dewa Cinta, Muzikal OMG (Ohsem Music Group) dan filem Longkai arahan Hashim Rejab. “Buat masa ini saya mahu memberi tumpuan pada dua single yang baru dilancarkan, Si Putih Si Merah dan Puisi Sang Dewi. “Dengan adanya dua lagu ini, hampir lengkap senarai lagu untuk saya muatkan dalam album terbaru yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya gembira.

Lebih istimewa, lagu Si Putih dan Si Merah didedikasikan khas untuk isterinya dan Black memberi kejutan kepada Chira dengan mempersembahkan lagu itu buat kali pertama di majlis resepsi perkahwinan mereka. Lagu dinyanyikan bersama RJ ini dicipta komposer Ajai. - black

Setiap pasangan bahagia pasti inginkan anak yang bakal menjadi penyeri rumah tangga. Bukan mudah nak dapat anak, itu semua rezeki yang Allah berikan pada hamba-hambaNya yang terpilih. Kalau sudah terpilih kenalah jaga amanah ini dengan sebaiknya. Kalaupun tak ada rezeki, mungkin Allah nak gantikan sesuatu yang lebih baik. Hanya Dia yang sebaik-baik perancangan. Percayalah rancangan Allah itulah yang terbaik untuk kita. Semoga Black dan isteri mendapat cahaya mata insyalllah


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas