Sunday, February 16, 2014

Samun Ketika Takbir

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
Machang: Sungguh kurang ajar apabila seorang penjenayah memeras ugut seorang suri rumah meminta supaya menyerahkan beg tangan dan barang kemas sehingga mangsa kerugian kira-kira RM28,000 dengan mengacukan pisau lipat dan menyumpah seranah ketika jemaah mengangkat takbiruntuk menunaikan solat Jumaat berhampiran Masjid Peringat, Melor, Kota Bharu, kelmarin.


Dalam kejadian jam 1.55 tengah hari itu, mangsa, Nor Aini Mohd Nor, 58, yang duduk di tempat duduk penumpang sebelah depan sedang menunggu suaminya, Abdul Rahman Abdullah, 58, menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Kereta diparkir di luar masjid dalam jarak kira-kira 100 meter dan tiba-tiba muncul seorang lelaki yang tidak dikenali berbaju Melayu serta meletakkan kain pelekat di kepala di tepi kereta dan dalam keadaan cermin tingkap kereta terbuka sepenuhnya, dia mengacukan pisau lipat sambil menyumpah seranah meminta mangsa menyerahkan barang kemas dipakai dan beg tangan yang diletakkan di kaki. Menurut Nor Aini, dia tidak menyangka sebuah kereta jenis Wira Aeroback yang tiba-tiba di parkir di belakang keretanya adalah kereta penjenayah. - metro

Macam-macam cara nak dapat duit senang, serba kereta orang baru balik masjid pun ada. Kesian makcik ni ni jadi mangsa. Lain kali kalau nak keluar rumah tak payah pakai banyak barang kemas. Duit pun bawa sikit-sikit je. Lagipun pergi masjid je ... aduss sekarang dah kena samun. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas