Monday, February 3, 2014

Raja Ema Nampak Lebih Mantap dan Cantik Walaupun Berusia

Pelakon dan penyanyi Raja Ema sudah lali dengan segala tohmahan yang telah dilemparkan kepadanya selepas dia muncul untuk membuat comeback selepas berbelas tahun menyepikan diri daripada industri hiburan tanah air.

“Mungkin orang tak faham apa yang saya cuba buat ini. Dunia seni tidak terbatas dengan perbezaan umur. Lagipun rezeki saya nk buat ‘comeback’ di usia sebegini rasanya tidak salah kerana saya buat benda yang memang saya minat seperti berlakon dan menyanyi” “Sudah diberi peluang takkan kita hendak menolak rezeki. Ini semua untuk anak-anak saya. Saya buat benda yang betul dan tak pernah untuk memusuhi sesiapa pun. Biarlah orang nak kata apa pun, saya tidak kisah kerana saya tahu apa yang saya buat,” katanya.

Bercerita mengenai kehidupannya, Raja Ema yang mempunyai dua orang anak iaitu, Amar (19) dan Al-Kashah (17) telah menjelaskan bahawa kedua-dua orang anaknya itu tidak mewarisi bakat yang ada pada dirinya dan dia agak sedih kerana mereka tidak meminati seni. “Anak-anak saya kedua-duanya masih belajar dan mereka tidak ada sesiapa pun yang ada bakat dan agak sedih kerana saya mahu juga, sedikit untuk mereka belajar seni lakonan, muzik dan sebagainya. Tetapi rasanya itu mustahil kerana mereka tidak meminatinya,” katanya. Sementara itu, Raja Ema yang dilantik menjadi duta kepada produk Royal Detox Platinum telah memberitahu bahawa ini merupakan kali ketiga dia menjadi duta selepas pembabitannya dalam dunia seni sekitar usianya 20′an.

http://books.google.com.my/books?id=7gqoAgAAQBAJ&source=gbs_slider_user_shelves_7_homepage“Sebelum ini pernah menjadi duta kepada Lux dan EON masa saya berumur 20′an dan sekarang ini duta kepada produk Royal Detox Platinum yang begitu berkesan dan alhamdulillah produk ini membantu saya untuk lebih kelihatan bertenaga, menarik dan langsing apabila berada di lokasi penggambaran,” katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)

Feredea memang setuju dengan Raja Ema yang tetap dalam pendirian. Dunia seni tidak terbatas dengan umur, kalau kita dah berumur bukan bermaksud kita kena bersara, tapi kalau nak berlakon pun boleh, pendek kata mana ada istilah bersara atau pencen. Bila nama dah ada ramai orang kenal rugilah kalau tak gunakan untuk mencari rezeki. Kagum dengan Raja Ema yang pandai menjaga penampilan wajah, dan tubuh badan. Boleh la dapat tawaran belakon untuk watak datin-datin hehe


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas