Tuesday, February 4, 2014

Raja Azmi Lega Sipenipu Dapat Ditangkap Polis

PETALING JAYA: Penerbit filem kontroversi Raja Azmi berasa lega apabila lelaki yang pernah menyalahgunakan namanya iaitu Adam Davin atau Davinder Singh telah ditangkap polis pada petang Isnin.


Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, berkata, penangkapan tersebut bukan sahaja menjadi pengajaran atas kesalahan yang dilakukannya, malah memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika berurusan dengan lelaki tersebut.



"Alhamdulillah, saya rasa sangat lega akhirnya lelaki ini ditangkap kerana penipuan yang dilakukannya bukan sahaja pada saya, malah kepada ramai orang lain juga.



https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Power_Misteri_Nelayan_Terperangkap_di_Alam?id=8AJ8AgAAQBAJ"Ia akan menjadi pengajaran kepada orang ramai juga 
agar mereka tidak mudah diperdaya dengan janji manis dan kata-kata individu yang baru dikenali," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa. Pada Mei tahun lalu, Raja Azmi telah membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini terhadap lelaki berkenaan berikutan penipuan di sebuah kedai kain Gulatis dan penyalahgunaan namanya sebagai penerbit filem.



Dalam pada itu, Raja Azmi berkata sejak peristiwa tersebut dia lebih berhati-hati agar tidak mudah diperdaya dengan individu yang baharu dikenali.

Inilah rupa sipenipu tu berhati2


"Saya sangat serik dengan peristiwa tersebut sehinggakan saya sukar untuk percaya dengan kata-kata orang yang baru saya kenali."Pada saya dia seorang yang mempunyai kelebihan untuk memukau orang melalui kata-kata, namun dia telah menyalahgunakan kelebihan tersebut ke jalan yang salah," katanya. - mstar






Memang ada jenis orang yang penipu macam ni, dia pandai cari orang yang ternama dia tahu orang tu ada duit guna bermacam cara nak dapatkan wang orang dengan cara penipuan dan pukau. Bila cakap gaya macam konfiden abis, puji abis, tapi kena berhati-hati dengan orang yang cakap macam bagus ni....Lebih-lebih lagi sekarang ni orang akan gunakan apa saja tuk dapatkan duit dengan cara yang mudah sebab nak cepat kaya





No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas