Wednesday, February 19, 2014

Punca Perceraian Erra

Gelora, berkecamuk, tenang atau tidak tenang, itu dalaman kita. Orang tak boleh adili apa yang saya rasa kerana saya lalui perkara ini dengan cara saya sendiri. Jangan anggap saya kuat kerana orang tak tahu apa yang tersimpan di dalam hati saya. Apa yang boleh saya katakan, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
Orang nampak saya kuat tapi orang tak tahu apa yang saya tanggung. Kita tak tahu apabila air mata itu akan keluar dan tidak dinafikan, ada masa saya rasa jatuh dan rebah. Walau bagaimanapun, kekuatan ini datang kerana rasa tanggungjawab saya terhadap keluarga. Jika saya rebah dan menangis depan keluarga, anak dan rakan-rakan, macam mana saya nak tolong diri saya dan juga keluarga
Saya kini mahu fokus dengan kerja kerana jika saya tak ada sebarang kerja dan hanya duduk di rumah saja, sudah tentu saya akan melayan perasaan. Saya mahu pandang ke hadapan dan tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara ini. - gua

Kata Erma:-
Sebagai kakak, saya memang sangat sedih dengan penceraian Erra dan Engku Emran. Erra beritahu saya dia sudah fikir dengan masak-masak dan mahu bercerai dengan baik dengan Emran. Dia hanya lebih fikirkan masa depan anaknya, Engku Aleesya semata-mata dan sanggup menjaga Aleesya secara bergilir-gilir dengan Emran. Saya difahamkan, Erra hanya dapat bersama Aleesya selama 2 hari saja dalam seminggu iaitu Ahad dan Isnin selain cuti sekolah dan hari perayaan manakala selebihnya menjadi hak Emran. Sebenarnya sudah leih setahun Erra memberi gambar rumahtangganya dengan Emran bergolak. Saya pula yang hiba dan menangis tatkala mendengar Emran melafazkan cerai. Saya hanya mampu berdoa agar mereka berdua diberikan ketenangan menghadapi semua ini.
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
Jika anda berada di situasi di mana sebagai seorang isteri yang sudah tidak diingini oleh suami. Tapi suami letak syarat kalau nak bercerai anak jadi milik suami. Apa yang boleh isteri lakukan? Kalau nak teruskan perhubungan rasa kepedihan kalau berpisah kena lepaskan anak. Sebenarnya dalam rumahtangga mesti ada salah seorang yang patut mengalah dan halang keegoan di hati. Adakalanya suami yang dahulu jadi dingin menjadi hangat kembali sekirannya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tapi semuanya sudah jadi ketentuan dan pilihan masing-masing. Semoga Erra diketemukan dengan jodoh yang lebih baik. amin



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas