Friday, February 7, 2014

Perompak Stesen Minyak Mati Dipukul Oleh Orang Ramai

Kuala Lumpur: Seorang penjenayah yang merompak sebuah stesen minyak ditemui mati dibunuh di sebuah jalan masuk Kampung Delima, Jinjang di sini, malam tadi. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam, suspek yang belum dikenal pasti dan bersenjatakan parang memasuki premis itu dan melarikan sejumlah wang tunai dan puluhan kotak rokok. Orang awam yang menyedari kejadian itu dikatakan bertindak mengejar dan memukul suspek sehingga mati. Suspek meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di muka dipercayai akibat dipukul dengan batu - metro
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
Semoga kejadian ini menjadi satu pengajaran pada mereka yang nak cari duit dengan cara haram. Dia dah la bawa parang, orang awam guna batu, ini dah jadi kes mempertahankan diri. Tapi kesian mati dalam keadaan yang menyiksakan dan tak sempat nak bertaubat dan minta maaf. Feredea sentiasa teringat dengan doa nabi saw, agar matikan kita dalam keadaan yang baik. Walaupun di pertengahan ada macam-macam dosa dan kesalahan, di garisan penamat itu yang paling penting. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas