Sunday, February 16, 2014

Peminta Sedekah Main Gitar Kaut RM1000 sehari



Kuala Lumpur: Seorang bermain gitar, seorang lagi menghulurkan kad mengutip derma untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Kepetahan kumpulan dua gadis ini berbicara disulami ayat menggoda berbaloi apabila mereka dipercayai mampu memperoleh sumbangan sehingga RM1,000 sehari.

Itulah taktik terbaru kumpulan gadis pemuzik jalanan penipu dari Filipina yang menjadikan pelanggan restoran dan kedai makan di sekitar ibu kota, Seremban, Melaka, Georgetown, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu sebagai sasaran. 
Bergerak dua orang dalam setiap kumpulan, mereka yang mengaku sebagai pelajar kolej swasta pergi ke setiap meja pelanggan di restoran yang menjadi sasaran dan mendakwa membuat kutipan derma itu secara sukarela pada masa senggang jika tiada kuliah. Selain menjaja nama pertubuhan anak yatim dan miskin ‘Children’s Joy Foundation’ yang beroperasi di Filipina, gadis terbabit yang ada kalanya hanya memakai seluar pendek ketat dan baju-T turut mendakwa membuat kutipan derma bagi membantu mangsa Taufan Haiyan yang melanda negara itu, baru-baru ini. -metro

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJKalau dah dapat RM1,000 sehari kalaus sebulan dah RM30, 000 pergh...memang kaya jadi peminta sedekah ni. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis sila buat kerja tengok orang-orang yang minta sedekah. Kalau kat negara maju memang susah nak cari orang yang minta sedekah ni, kat negara kita yang so call nak menuju ke arah negara maju la katakan menjelang 2020, tak lama lagi bersepah-sepah orang peminta sedekah. Bukannya susah nak tangkap diorang ni, selalu ada kat tempat yang sama je...Kat tempat pasar-pasar tempat ramai orang pergi la buat serbuan. Ini biarkan aja...tak faham aku la....Tak cukupke 1.5 juta orang penjawat awam? Kerja2 awam saling bantu membantu la..ini asyik baling sana baling kerja ni orang lain punya. Fikirlah....

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas