Monday, February 17, 2014

Pelat Bahasa Indonesia Keith Foo Semakin Hilang

PETALING JAYA: Pelakon Keith Foo semakin selesa apabila pelat bahasa Indonesia yang digunakannya sejak 10 tahun lalu semakin lenyap dan memudahkan dalam menjayakan sesuatu watak dalam telefilem atau drama bersiri lakonannya. Keith, 31, berkata, pada awalnya di menghadapi kesukaran untuk membuang pelat berkenaan namun latihan percakapan yang dilakukan setiap hari dalam kehidupan sehariannya banyak membantunya. 



"Saya akui mula-mula balik ke Malaysia memang susah untuk bercakap dengan gaya biasa dan saya menghadapi kesukaran untuk memastikan penggunaan ayat dan slanga itu tidak ada dalam lakonan. "Bagaimanapun pelat itu semakin hilang dan sudah mendapat kembali percakapan asal saya seperti sebelum ini," Anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan itu melonjak apabila muncul dalam drama Ariana Rose menerusi watak Tengku Adam Kamil disamping aktres Nur Fathia. Keith sebelum ini adalah pelakon dan model terkenal di Indonesia dan mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia bagi menjaga kedua ibu bapanya dan mencipta nama di negara sendiri. Dalam pada itu, Keith berkata, dia tidak kesal menarik diri sebagai artis di bawah payung Astro dan menguruskan kariernya di bawah syarikat pengurusannya iaitu Aksi Reaktivasi Sdn Bhd kerana dapat mempelajari pelbagai perkara tentang industri lakonan di negara ini.



https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJBaru Feredea tahu dia ni rupa-rupanya dia berlakon di indonesia. Fuh! Macam pelik...Anak kelahiran tempatan pergi mengembara ke indonesia jadi pelakon dan kemudian datang semula ke negara asal. Berbaloi balik dari Indonesia terus dapat tawaran berlakon. Boleh berbahasa indonesia dan melayu. Memang power bro!

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas