Monday, February 24, 2014

Para penunjuk perasaan yang menceroboh kediaman Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich terpegun dengan gaya hidup mewah


KIEV - Para penunjuk perasaan yang menceroboh kediaman Presiden Ukraine, Viktor Yanukovich terpegun dengan gaya hidup mewah pemimpin berkenaan selepas mendapati hartanah itu mempunyai sebuah zoo, berpuluh koleksi kereta antik dan sebuah kapal layar, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Kediaman Yanukovich yang terletak di Mezhyhirya kira-kira satu jam perjalanan dari Kiev diserbu para penunjuk perasaan selepas pasukan keselamatan meninggalkan hartanah tersebut.

Yanukovich melarikan diri ke sebuah lokasi rahsia selepas kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan Parlimen dan beberapa institusi pentadbiran sebagai usaha menubuhkan sebuah kerajaan sementara.

Para penunjuk perasaan hampir tidak percaya apabila melihat hartanah berkeluasan 140 hektar itu yang lengkap dengan sebuah zoo, sebuah garaj kereta antik, sebuah kapal layar, rumah tetamu, pad pendaratan helikopter dan padang golf.

Kediaman milik pemimpin itu juga dilengkapi dengan perhiasan mewah sedangkan rakyat negara berkenaan hanya mempunyai pendapatan purata kurang £300 (RM1,600) sebulan.

"Kami tidak sangka Yanukovich semewah ini dan beliau juga sangat melampau kerana menggunakan wang rakyat yang miskin seperti kami dengan sewenang-wenangnya,'' kata seorang penunjuk perasaan, Serhiy Remezovsky.

Krisis di Ukraine bermula selepas kerajaan pimpinan Yanukovich enggan menandatangani Perjanjian Hubungan Ukraine-Kesatuan Eropah pada November lalu kerana beliau lebih berminat menjalinkan hubungan dengan Rusia.

Siri protes antikerajaan semakin memuncak apabila beribu-ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pihak polis pada minggu lalu mengakibatkan hampir 100 orang terbunuh.

Dalam perkembangan terbaru, Parlimen negara itu semalam memecat Yanukovich kerana didakwa bertanggungjawab dalam kejadian terburuk dalam sejarah negara itu. - Agensi

Kat dunia ni kalau nak cepat kaya dengan cara menipu dan menabur janji-janji manis guna politik. Kalau pandai bercakap, tapi malas buat kerja pun tak mengapa. Tak kiralah dia dari parti mana, guna pendekatan nasional atau agama, semua bermatlamat nak cepat senang. Tapi tak dinafikan ada sesetengah yang berjuang demi agama, demi bangsa. Tapi kalau dah poket kosong, berkempen sana sini, mestilah nak penuhkan poket juga kan...

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas