Thursday, February 20, 2014

Norish Karman tidak akan membenarkan bapa kepada anak bongsunya iaitu Haq Lutfie Alexander yang berusia dua tahun bertemu

KUALA LUMPUR: Pelakon Norish Karman tidak akan membenarkan bapa kepada anak bongsunya iaitu Haq Lutfie Alexander yang berusia dua tahun bertemu dengan kanak-kanak itu. Norish atau nama sebenarnya Nor’asikin Karman, 39, berkata, dia tidak melihat sebarang keperluan untuk mereka ditemukan kerana sejak awal lagi keluarga bekas suaminya itu tidak menerima kehadiran kanak-kanak berkenaan.


https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ"Mereka pernah memberitahu saya anak saya itu tiada kena mengena dengan mereka jadi saya tidak melihat Haq Lutfie perlu berjumpa dengan bapa kandungnya," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun Norish masih dengan pendirian enggan mendedahkan identiti bekas suaminya itu kerana lebih senang ia dirahsiakan namun mengakui lelaki berkenaan lebih muda daripadanya. Dalam pada itu, Norish berakta, hubungannya dengan bekas suami pertama, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir tidak mempunyai masalah malah mereka akrab sebagai sahabat. Jelas Norish, bekas suaminya itu sangat mengutamakan keperluan tiga anak-anak mereka yang lain iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, dan Putri Hany Amanda, 9. "Sejak bercerai kami tiada masalah dan saya tidak pernah menghalang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak kerana beliau menjalankan tanggungjawab dengan baik," katanya.




Pasangan itu berkahwin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di sini pada 15 Julai 2008. Sementara itu, Norish berkata, buat masa ini dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti walaupun ada lelaki yang cuba mendekatinya kerana ingin memberi tumpuan kepada anak-anak dan perniagaan. Kata Norish, dia bagaimanapun mengakui kadang-kala berasa sunyi tanpa seseorang di sisinya namun dia kini lebih bahagia.



"Ada yang menghantar rombongan meminang tetapi saya tolak dengan cara baik kerana buat masa ini saya sibuk dengan kerjaya dan anak-anak. "Sunyi itu menang ada tetapi kesibukan dengan pelbagai aktiviti membuatkan saya lupa mengenai perkara itu dan saya lebih bahagia sekarang," katanya.



Pun begitu kata Norish, jika ditakdirkan bertemu jodoh, dia mahu mencari seorang lelaki yang bukan sahaja boleh menerimanya tetapi keempat-empat anakya dengan penuh kasih sayang. Malah kata Norish, dia juga tidak mahu bergantung harap kepada bakal suaminya nanti dan ingin berjaya terlebih dahulu dalam bidang perniagaan. "Saya pernah berkahwin dengan lelaki berusia dan muda yang mana kedua-duanya tidak kekal lama. Kini apa lebih penting calon itu nanti mestilah dapat menerima anak-anak saya dengan sepenuh hati. 

"Jika ada lelaki yang dapat berbuat demikian mungkin saya akan terbuka hati untuk berkahwin semula," jelasnya. - kosmo


Setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam hidup. Aku yang dulu bukan lagi yang sekarang. Sekirannya sudah berubah ke arah yang lebih baik, kehidupan yang lama bukan lah milik kita. Semoga Norish diketemukan pengganti yang baik amin

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas