Monday, February 24, 2014

Mark Adam Berhijrah ke Malaysia Mencuba Nasib Bidang Nyanyian

Bercerita lebih lanjut mengenai koleksi lagu yang ditulis dan dicipta sendiri oleh Mark, guru vokal The Singing Shop itu memberitahu dia kini memiliki lebih 100 buah lagu yang disimpan sejak zaman remaja hingga sekarang.

"100 buah lagu itu menunggu masa untuk dirakamkan dalam format studio. Setiap kali saya mempunyai idea untuk menulis atau berkarya, saya akan merakamkan lagu saya menerusi telefon saja. "Ia kemudian disimpan dalam bentuk digital, mana tahu suatu masa nanti boleh dipakai. Biasanya lagu-lagu yang saya cipta menceritakan mengenai kehidupan dan pengalaman saya sehari-hari.

"Kadang-kadang kalau selalu berimaginasi pun boleh timbul idea untuk mencipta lagu," tambahnya. 
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJSelepas meninggalkan tanah airnya, Pulau Cebu, Filipina, untuk berhijrah ke Malaysia lebih 13 tahun lalu, Mark mengakui dia masih mempunyai masalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. "Guru saya adalah isteri saya. Selama ini saya tidak pernah mengikuti mana-mana kelas vokal. Malah sampai sekarang saya ada masalah untuk menyebut beberapa perkataan bahasa Melayu. "Paling sukar adalah untuk saya menyebut perkataan 'melekat' dalam lagu Pencuri. Walau diajar berulang-ulang kali pun memang susah untuk saya sebut perkataan itu," jelasnya. - kosmo

Beruntung kalau pandai cipta lagu, gubah lagu dan pandai bermain muzik dan punyai suara vokal yang mantap. Rupa paras pun hansem. Mesti dia boleh pergi jauh dalam industri hiburan. Semuanya terpulang pada diri sendiri tak kira asal mana dari Filipina, Indonesia, Singapura, rakyat Malaysia ni semuanya baik-baik hati. Sesiapa saja boleh berjaya di Malaysia asalkan pandai ambil hati, bekerja keras dan berbakat.

3 comments:

  1. tengok interview baru-baru ni sepahtu dengan mark adam..lawak giler..haha

    ReplyDelete
  2. Terbaik buat Mark Adam si puisi katak ☺

    ReplyDelete
  3. Terbaik buat Mark Adam si puisi katak ☺

    ReplyDelete

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas