Sunday, February 9, 2014

Lana Nordin Sudah Dapat Pengganti dan Bakal Tunai Umrah


KUALA LUMPUR: Pelakon Lana Nordin mendedahkan sudah menemui kekasih baharu selepas putus cinta dengan aktor Johan As'ari dan sedang mengenali hati budi pemuda tersebut. Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, bagaimanapun menafikan lelaki itu adalah kekasih kepada penyanyi Adira seperti mana khabar angin yang tersebar di blog-blog hiburan tempatan.

"Saya tidak kenal siapa kekasih Adira sehingga diberitahu mengenai gosip ini barulah saya cari gambarnya di internet dan saya tidak mengenalinya," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Lana berkata dia bakal menunaikan umrah pada 28 Februari ini bersama rakan baiknya, pelakon Lisdawati. 

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
"Saya sudah merancang lama untuk menaikan ibadah ini namun baru sekarang ia termakbul dan jalan untuk ke sana seperti dipermudahkan," katanya.  "Alhamdulillah, saya ada menghadiri beberapa sesi usrah bersama Lisdawati bagi mendalami sedikit sebanyak ilmu agama sebagai persiapan ke sana. "Saya berharap semua urusan dipermudahkan dan menjadi orang yang lebih baik selepas ini," ujarnya - mstar


Alhamdulillah, Lana sudah menemui pengganti kekasih yang mungkin boleh bawanya dekat pada Allah. Sebenarnya sebagai perempuan tak perlulah nak cari lelaki yang boleh bimbing kita. Zaman sekarang ni, memang susah nak tengok lelaki yang boleh bimbing isteri dengan baik. Sedangkan ustaz pun boleh bercerai berai. Kalau kita nak berubah ke arah yang lebih baik, tak perlu tunggu lelaki. kita sendiri berusaha macam pergi umrah, pergi ceramah agama, mendalami Al Quran dan Hadis. Insyallah, lelaki yang baik-baik akan datang menunggu. 


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas