Thursday, February 27, 2014

Krisis Air Di Selangor

Pada Rabu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menandatangani MoU berkenaan dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi. Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor. Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Kerajaan Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli bahawa pimpinan Pakatan Rakyat tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, Zaid berkata tidak menjadi satu kesalahan jika Abdul Khalid tidak berbuat demikian.

"Tindakan Abdul Khalid itu tepat kerana ia dilakukan atas kapasiti beliau sebagai menteri besar. Justeru beliau tidak perlu memaklumkan mengenainya kepada parti. "Malah saya sebagai orang yang lama menetap di Selangor pun rasa lega dan gembira. Sekurang-kurangnya krisis air di negeri ini dapat diselesaikan," katanya. Jelas Zaid, beliau yakin pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor sudah sedia maklum mengenai perkara itu cuma mereka tidak bersetuju perjanjian itu ditandatangani. - star

Apalah nasib orang yang tak ada air, memang teruk beb! Terutama yang tinggal di apartment, flat, atau kondominium. Macam mana nak tadah air hujan? Harap ada penyelesaian. Tan Sri Khalid selesaikan masalah negeri ni secepat mungkin. Apa salahnya mengalah, demi tanggung jawap dan amanah, jalankanlah tugas dengan sebaiknya. Kesianlah pada kanak-kanak, aku tengok penat balik dari sekolah dah kena angkat air dalam baldi. Ibu mengandung, ibu yang ada anak-anak kecil. Cuba rasa sendiri betapa azabnya tak ada air. Feredea pun ada anak kecil memang lah penat angkat air. Budak kecil mesti nak kena bersih, kalau tak nanti kena jangkitan. Cepat-cepatlah selesaikan masalah ini.

Penaja

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas