Monday, February 17, 2014

Kosmetik Online Beracun



https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJKuala Lumpur: Kegilaan mendapatkan kosmetik secara online yang menjadi fenomena baru di kalangan remaja tidak kira perempuan atau lelaki untuk muka tampil cerah menawan ternyata membawa azab kepada segelintir mereka apabila muka seolah-olah terbakar kerana penggunaan kosmetik beracun. Ini berikutan mereka terlalu mudah diperdaya dengan ‘jaminan kualiti produk’ serta pelbagai ‘testimoni pengguna’, di blog serta laman sosial Facebook, kononnya kosmetik yang ditawar berkesan dalam tempoh sesingkat tiga hari. Mengakui sesal kerana terjebak dalam pembelian kosmetik di laman Facebook, Sharina (bukan nama sebenar), 19, berkata, dia terpaksa mengasingkan diri daripada rakan sekerja apabila wajahnya ditumbuhi bintik halus merah seakan ruam panas. “Ketika membeli (set kosmetik), saya langsung tidak memikirkan soal keselamatan diri dan kesan produk terhadap wajah. Apa yang terlintas hanyalah perasaan tidak sabar untuk kelihatan cerah dan cantik sebagaimana pengguna lain di ruang testimoni produk. - metro


Kesian, jadi jangalah mudah terpedaya dengan iklan-iklan terutama berkaitan tentang kosmetik yang melibatkan sapu-sapu ni... Ini kira bernasib baik sebab ada bintik-bintik merah saja. Ada yang kena lagi teruk. Bukan apa, pembelian kosmetik yang cepat-cepat cerah ni memang ada bahayanya. Lebih baik guna cara traditional.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas