Wednesday, February 5, 2014

Kecewa dengan kritikan, Nabil berhenti sertai MLM?

KEHEBATAN yang ditampilkan Ahmad Nabil Ahmad, 31, atau lebih mesra disapa Nabil sewaktu menyertai pertandingan Raja Lawak musim kedua enam tahun lalu begitu mendapat perhatian ramai.

Malangnya, kualiti persembahan yang diketengahkan oleh Nabil dikata- kan semakin menurun dan peminat sudah mulai bosan dengan lawak yang cuba disampaikannya. Kecewa dengan cemuhan dan kritikan yang diterima, ayah kepada Naira Mikayla itu memutuskan untuk tidak menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) jika rancangan tersebut diperbaharui untuk musim baharu kelak.

Ikuti temu bual selanjutnya yang dijalankan sewaktu berpeluang bertemu dengannya pada majlis pelancaran Royal Slim Lishuo Magic yang berlangsung di N’dah Catering, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Kosmo!: Apakah yang menyebabkan anda mengambil keputusan untuk tidak mahu menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada masa akan datang?

NABIL: Saya berasa sedikit terkilan apabila sering mendapat kritikan dan cemuhan daripada penonton. Lebih-lebih lagi kritikan itu datangnya daripada peminat-peminat peserta MLM lain yang tidak putus-putus mengeluarkan kata-kata negatif.

Paling teruk apabila saya di‘boo’ ketika mengadakan persembahan pada minggu ke-10 di Johor tempoh hari. Nampak sangat kehadiran saya tidak disenangi oleh peminat di sana.

Ada yang mengatakan anda sudah tidak menampilkan lawak yang berkualiti berbanding peserta lain. Adakah kenyataan itu benar?

Jika lawak yang saya tampilkan tidak berkualiti, mengapa saya layak sehingga ke minggu final? Saya penat apabila kerap kali dibandingkan dengan peserta lain.

Mana tidaknya, mereka bertanding sebagai peserta berkumpulan, sedangkan saya hanyalah peserta solo. Jika khalayak perlu faham idea seorang berbanding tiga atau dua orang peserta, gaya penyampaian tentunya berbeza.
Jadi, anda nekad untuk tidak mahu melawak lagi?

http://books.google.com.my/books?id=7gqoAgAAQBAJ&source=gbs_slider_user_shelves_7_homepageSejujurnya saya sangat sayangkan dunia lawak kerana saya lahir daripada pertandingan Raja Lawak. Jika pihak Astro mengadakan pertandingan yang disertai oleh pelawak solo sahaja, mungkin 
saya akan pertimbangkan untuk turut bertanding.

Ada juga yang mengatakan anda tidak sensitif kerana menjadikan juri MLM 2013 iaitu Luna Maya sebagai subjek lawak anda minggu lalu. Apa komen anda?

Saya sangat kecewa apabila komen-komen negatif itu datangnya daripada rakyat Malaysia sendiri. Saya tidak mengaibkan sesiapa dan apa yang disampaikan itu merupakan perkara yang benar. Saya
faham mengenai isu sensitif yang cuba disampaikan oleh peminat kerana saya pernah dikecam akibat melakukan perkara yang hampir sama dahulu.

Jadi apa tindakan anda seterusnya?

Saya enggan mengambil tahu tentang kritikan yang ditujukan kepada saya. Biarlah apa orang mahu kata. Apa yang penting adalah persembahan yang bakal saya berikan pada persembahan akhir MLM 2013 pada Jumaat ini.
---------------
Kalau peminat tu tegur mestilah kita kena ambil tahu juga untuk tingkatkatkan lagi kualiti lawak. Feredea pun faham, bukan senang nak berlawak secara solo. Kadang-kadang nak bagi orang buat lawak kena kutuk orang lain. Maybe secara kasar orang tu tak akan tunjukkan dia tak suka, tapi di hati dia manalah kita tahu kan... terlajak kata bahaya. Mungkin ini satu petanda Nabil akan disingkirkan?

Nabil menjadikan Luna Maya sebagai salah satu  ‘punchline’ dalam lawaknya. Dalam lawak Nabil menyebut “Saya google nama Luna Maya, saya jumpa gambar”, sekaligus mengundang kontroversi dan dia didakwa telah memburukkan nama aktres Indonesia itu. Yang dah lepas-lepas tu sudahlah tak payah nak diungkitkan...semua orang ada kisah silam masing-masing. Tak baik ungkitkan keburukan orang, kalau nak buat lawak carilah idea yang universal tak sensitif, kesian Luna.
Buang Bulu Roma Dengan Pantas Selamat dan Berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas