Thursday, February 6, 2014

Katrina Kahfi



Sinopsis

1960. Katrina seorang remaja perempuan yang tersilap langkah. Masalah keluarga yang menghimpit dirinya menyebabkan dia memberontak keluar dari rumah dalam mencari suatu erti kedamaian. Lantas dia terjebak dengan sindiket pelacuran remaja wanita. Nasibnya berubah apabila dapat lepaskan diri dari belenggu rumah pelacuran. Pelarian Katrina terhenti apabila dia nampak sebuah gua untuk mencari perlindungan. Pertemuan dengan Kiai Habib adalah suatu yang tidak dirancang akan terjadi pada dirinya. Di dalam gua dia belajar mengenal Pencipta dan memuhasabah diri bersama Kiai Habib. Tiba masanya dia akan keluar dari gua dan mulakan hidup baru yang lebih bermakna dan bermanfaat pada dirinya.
Tapi ada sesuatu yang aneh berlaku. Zaman sudah berubah. Dia perlu sesuaikan dirinya yang baru berada di tahun 2014. Dalam perjalanan merintasi masa, cucu saudaranya Aliff terpikat pada Katrina yang masih lagi muda, tapi dia terpaksa mengelak dari perkahwinan terancang.
Setiap manusia sudah diberikan masa tertentu untuk terus hidup, tiba ajal tiada siapa yang boleh mengelak walau apa jua kelebihan yang dia ada.  Katrina cuba gunakan ilmu yang dipelajari untuk memintas masa, tapi tetap meninggal dunia pada usianya 80 tahun. Dalam gelap alam roh dia berjalan dan bertemu semula dengan Kiai Habib yang membawa dirinya ke tempat yang lebih terang dan aman.


Bab 1

Gelombang ombak memecah pantai memecah kesunyian malam. Bunyi tapak kaki seorang perempuan yang sedang berlari tidak didengari. Nafasnya termengah-mengah dia perlu teruskan pelarian ini walaupun dengan apa jua rintangan dia harus teruskan berlari. Tiba di sebalik gua pantai dia masuk dan menyembunyi diri. Dia cuba menahan penafasan kemengahannya dengan sedaya upaya.
Bunyi tapak dua orang lelaki yang sedang memburu semakin hampir. Dia sedar mereka tidak jauh dari tempat persembunyian.
“Kau nampak dia mana-mana?”
“Tak ada pula!”
“Woi! Perempuan! mana kau? Kau tahu yang kau tak akan selamat.  Aku akan buru kau sehingga kau mati! Kau faham tak? Sampai kau mati!”
“Katrina…” seorang lagi lelaki memanggilnya dengan nada yang manja. Matanya liar memerhati sekeliling gua. Dia dapat rasakan Katrina sedang bersembunyi di dalam gua. Dia akan menunggu sehingga Katrina melakukan kesilapan dengan bunyi.
“Errk!”
“Kau boleh senyap! Bising aku nak tahu dia di mana?”
“Kau ada torch light?”
“Aku tak ada! Buat apa aku nak bawa, talifon kan ada?”
“Ada ke?”
“Itulah kau bodoh, ada talifon tak tahu guna!”
“Nah! Kau tunjukkan macam mana nak guna, macamlah kau tu pandai sangat,”
Leman cuba menekan butang-butang talifon bimbit tapi masih lagi tidak dapat memberikan cahaya. Sedikit demi sedikit Katrina masuk ke dalam gua yang sempit. Badanya yang kecil membolehkan dia meneyelusi masuk ke bawah batu gua. Hatinya berasa lega. Dia boleh berehat dan berlindung di dalam gua ini kerana dia tahu lelaki-lelaki itu tidak boleh menyelusuri di dalam gua yang sempit.
“Ish! Tak reti aku nak guna!
“Sekarang kita nak buat apa? Kalau kita balik Boss mesti marahkan kita sebab lepaskan betina tu,”
“Ah! Aku tak tahu, kita duduk di sini sampai pagi, dia mesti tak berani pergi jauh,”

4 am Gua KusKus

4 Jam sudah berlalu, Man dan Jus masih lagi berada dalam gua menunggu bergilir-gilir sehingga akhirnya mereka lena dalam kepenatan. Tiba-tiba suatu suara aneh menjelma.
“Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu”
“Man! Aku tak berani la, bunyi lain macam aja,”
“Kau ni, tak kan bunyi macam itu kau nak takut, mesti bunyi burung hantu,”
“Betul ke, itu bunyi burung hantu atau hantu?”
“Eih! Jangan jadi penakut boleh kita kena tunggu sampai pagi besok,”
“Mmmman aku tak sanggup la tunggu lama-lama kat sini, kau aja lah tunggu di sini, aku stand by kat luar, kalau kau perlukan apa-apa kau panggil aku la,”
“Pergilah! Penakut!”
Jus bangun dan terus berlari keluar dalam gua. Dia keluar dalam ketakutan. Entah mengapa suasana dalam gua itu sungguh menyeramkan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang sedang menghalaunya keluar dari gua. Tiba-tiba kedengaran suara Man datang dari arah belakang.
“Woi!”

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas