Friday, February 14, 2014

Kanak-kanak mangsa sambaran Cat Panas.

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJKlang: “Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan adik yang memaklumkan mereka (anak) terbabit dalam letupan kecil selepas membuang sampah di hadapan rumah,” kata Mohd Zaidi Mat Kasnin, 35, mengenai kejadian dua anaknya yang melecur teruk di muka akibat terkena percikan bahan cecair dari tin penyembur cat yang meletup di tempat membuang sampah berhampiran rumahnya di Batu 4, Jalan Kapar kira-kira jam 12.30 tengah hari Ahad lalu. Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa Mohd Danish Haikal Mohd Zaidi, 11, dan adik bongsunya Nur Qasih Danisha Qistina Mohd Zaidi, 3, melecur hampir 100 peratus di muka, namun si abang cuba membantu menyelamatkan adiknya terlebih dahulu walaupun mukanya turut terkena cat panas dalam letupan itu. - hmetro

Ya Allah kesiannya masih lagi budak-budak kecil. semoga Allah gantikan kulitnya dan sembuhkan budak-budak ni yang masih lagi muda...Hati-hatilah bila nak bakar sampah. Kalau kat kampung-kampung memang tak ada orang yang datang ambil sampah macam di kawasan perumahan, tapi beringatlah sebelum nak bakar sampah tu, jangan ada kanak-kanak bermain di sekeliling.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas