Saturday, February 15, 2014

Joe Flizzow Havoc Geram diciplak

Lagu Havoc bukan sekadar mencetuskan fenomena di radio. Single yang mengangkat semula nama Joe Flizzow ini juga menjadi ‘trending’ dan ‘branding’ yang cukup mengganas di pasaran. Percaya atau tidak, impak daripada kehebatan dan populariti lagu itu, ada ramai peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai cenderahati khususnya T-shirt Havoc yang menciplak 100 peratus idea Nadia Jasmin, pereka bagi setiap barangan Havoc yang dilesenkan di bawah hak cipta terpelihara syarikat rakaman milik Joe iaitu Kartel Record Sdn Bhd. Justeru, kesempatan menemui Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 35, baru-baru ini digunakan untuk menanyakan mengenai gejala penjualan barangan tiruan Havoc yang mendapat sambutan hangat itu. Joe hadir bersama SonaOne yang muncul sebagai penampilan khas dalam lagu Havoc bersama seorang lagi rapper terkenal, Altimet.“Rekaan ke atas Havoc adalah hak cipta kami, itu rezeki kami. Kalau yang lain nak mencuri, biarlah mereka jadi pencuri. Saya tiada sebarang komen pasal benda ini. - metro

Gejala copy branding ni, kalau kat malaysia memanglah peraturan tak ketat. Senang-senang je orang lain nak ambil idea kita pastu jual harga murah. Sabar je la...Tapi tahniah pada Joe Flizzow yang berjaya cipta brand yang menjadi trending havoc sekarang. Rata fesyen lelaki remaja banyak guan topi, memanglah laku beb...dari jual topi biasa.
Dapatkan Fesyen Busana Muslimah terkini dengan Sinar Jahitan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas