Saturday, February 8, 2014

Ibu 100 Tahun Tabah Menjaga Anak OKU hingga 62 Tahun

KUALA NERANG - Kasih seorang ibu berusia 100 tahun menjaga anaknya berumur 62 tahun yang juga orang kelainan upaya (OKU) tidak pernah luntur.

Meliah Md. Diah dari Kampung Bukit Nambua, Mukim Belimbing Kanan di sini masih sihat untuk menjaga anak bongsunya Abd. Rahman Saud.

Abd. Rahman yang cacat sejak kecil akibat diserang penyakit sawan hanya mampu terbaring dan tidak boleh berjalan itu mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada orang lain termasuklah untuk mandi serta makan.

Meliah yang kematian suami 20 tahun lalu kini tinggal berdua bersama Abd. Rahman setelah tiga daripada empat orang anaknya meninggal dunia.

Dia yang mengamalkan makan ulam-ulamaan sejak muda hanya mengalami masalah pendengaran dan tidak menghidap sebarang penyakit.

Menurut Meliah, setiap hari beliau akan menguruskan anaknya itu dan menyuapkan makan minumnya. Kadangkala dia dibantu cucu saudara yang tinggal berhampiran.

"Saya bersyukur dikurniakan kesihatan dan masih mempunyai kudrat untuk menjaga Abd.Rahman yang memerlukan perhatian sepenuhnya. Andai kata suatu hari nanti saya meninggal dunia dulu, saya berharap saudara-mara yang ada dapat menjaga dia," ujarnya ketika ditemui pemberita di rumahnya semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatan kuasa Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Insan negeri, Badrol Hisham Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang menziarahi Meliah serta menyampaikan sumbangan wang dan barang keperluan dapur.
Orang ramai yang ingin memenghulurkan bantuan juga boleh menghubungi cucu saudara Meliah, Mohd. Sofian Abd. Rahman ditalian 013-5954155. - kosmo









Nenek ini memang seorang yang tabah menjaga anaknya berpuluh-puluh tahun masih lagi hidup walaupun OKU. Siapa yang sanggup jaga orang dewasa yang cacat dengan menukar lampin, suapkan makan dan memandikan? Siapa? Kalau tak ibu sendiri. Adik beradik pun susah nak jaga. Lagi-lagilah adik beradik perempuan, mesti rasa malu bila nak mandikan dan menukar lampin. Kalau nak harapkan adik beradik lelaki selalunya lelaki yang kurang rasa belas kasihan. Ambil tak kesah saja. Hanya ibu saja yang sanggup jaga anaknya hingga ke akhir hayatnya. Sebab itulah syurga terletak di kaki ibu. Jangan sesekali derhaka pada ibu. Tak ada siapa yang sanggup jaga kita kalau kita jatuh sakit kecuali ibu, itu pun kalau mereka masih lagi kuat dan hidup. Semoga nenek ini tabah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat. amin


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas