Tuesday, February 4, 2014

Hanyut di Lautan Setahun Minum Air kencing dan makan ikan mentah

MAJURO, Kepulauan Marshall - Seorang nelayan El Salvador yang terkandas di laut bersyukur kepada Tuhan kerana dia masih hidup sejurus tiba dengan sebuah bot polis di sini semalam setelah dia hanyut di atas bot lebih setahun.

Nelayan berusia 37 tahun itu, Jose Salvador Albarengo berkata, dia minum darah penyu dan menangkap ikan dan memakannya mentah- mentah serta burung dengan tangan kosong untuk terus hidup. Albarengo memberitahu pemberita akhbar MailOnline, dia juga meminum air kencingnya sendiri kerana ketiadaan air bersih.

Albarengo ditemui dalam keadaan kusut masai dan berambut panjang di sebuah pulau terumbu karang dekat sini pada Khamis lalu. Dia dipercayai hanyut selama 16 bulan. Dua orang lelaki menemuinya selepas bot Albarengo sepanjang 7.3 meter terdampar di pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Ebon Atoll. Dia kemudian dihantar ke sini dengan menaiki sebuah bot polis.

Wajah nelayan itu mirip aktor Tom Hanks yang berjambang semasa dia berlakon dalam filem Cast Away yang ditayangkan pada tahun 2000. Dalam cerita itu, Hanks yang berlakon sebagai seorang kakitangan syarikat penghantar surat dan bungkusan, terdampar di sebuah pulau di Lautan Pasifik selepas pesawat yang dinaikinya terhempas.

Albarengo memberitahu pihak berkuasa, dia keluar belayar untuk menangkap ikan jerung pada penghujung Disember 2012 dari Mexico yang terletak sekitar 10,000 kilometer dari sini. Namun, dia dan seorang rakannya yang berusia antara 15 hingga 18 tahun telah dihanyutkan ombak selepas bot yang dinaikinya ditiup angin dan mereka kemudiannya sesat di lautan. Namun, rakannya itu telah meninggal dunia sebulan selepas mereka hanyut di lautan. Seorang pembikin filem yang berpangkalan di sini, Jack Nieden- thal memberitahu agensi berita Reuters, Albarengo turun dari bot tersebut dengan mukanya dipenuhi janggut.

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Power_Misteri_Nelayan_Terperangkap_di_Alam?id=8AJ8AgAAQBAJ"Dia mengalami kesukaran untuk berjalan, kedua-dua kakinya amat kurus. Saya tidak bersedia untuk menganggap kisahnya itu sebagai satu penipuan," tambahya. Seorang jururawat lelaki kemudian membantunya menuruni tangga bot tersebut sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani rawatan.

"Dia sepatutnya keluar menangkap ikan selama sehari sahaja tetapi dihanyutkan ombak akibat tiupan angin utara," kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke Kepulauan Marshall, Tom Armbruster kepada media. Nelayan itu memberitahu Armbruster, dia berasal dari El Salva- dor tetapi telah menetap di Mexico selama 15 tahun.

Armbruster menjadi penterjamah kerana nelayan tersebut hanya boleh berbahasa Sepanyol.  
Nelayan itu tinggal di Tapachula dekat sempadan Mexico dengan Guatemala dan bekerja untuk syarikat Camoronera Dela Costa. Albarengo berkata, dia mahu menghubungi keluarganya iaitu isteri dan seorang anak perempuan- nya di El Salvador. Namun begitu, dia tidak dapat mengingati nombor telefon rumahnya itu. Edidor Marshall Islands Journal, Giff Johnson berkata, semasa ditemui dua orang penduduk, nela- yan tersebut hanya memakai sepasang seluar dalam. Menurutnya, terdapat air di dalam bot gentian kaca yang dinaiki- nya itu. Ketua Imigresen Kepulauan Marshall, Damien Jacklick berkata, pihak berkuasa akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripadanya.

Menurutnya, Jabatan Luar kepulauan itu merancang untuk menghubungi beberapa pegawai di luar negara bagi membolehkan dia dihantar pulang. Namun, nelayan itu menyatakan, dia tidak dapat mengingati semua kejadian yang berlaku semasa botnya hanyut. - Agensi

Feredea dah tengok tengok filem Tom Hank Cast Away. Bila teringat balik kes-kes sebegini boleh terjadi kepada sesiapa saja. Lelaki ini mesti kuat semangat nak teruskan hidup walaupun dengan apa jua sekalipun. Air laut memanglah banyak tapi tak sesuai dibuat minum, agaknya dia lebih rela minum air kencing dia sendiri dari air laut tuk teruskan hidup. Tak sangka plak kalau minum air kencing boleh hidup selama setahun. Eish...minta jauhlah dari perkara buruk macam ni


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas