Thursday, February 13, 2014

Hans Dalami Islam baca Tafsir Al Quran

Sudah berapa lama anda mengenali Hans?

Saya mula mengenalinya lebih kurang enam bulan lalu setelah diperkenalkan oleh pelakon Sharifah Sakinah.

Bagaimanakah hubungan anda dengan Hans setakat ini?

Saya dan Hans masih berkawan dan dia begitu menghormati saya sebagai seorang Islam. Walaupun dia menganut agama lain, dia faham bahawa Islam melarang umatnya untuk mencacah tatu dan cuba perlahan-lahan untuk membiasakan diri menutup tatu berkenaan. Dia turut memakai pakaian berlengan panjang apabila keluar bersama saya.

Maksud anda, Hans sudah mula mendalami ajaran Islam?

Sudah tiga tahun dia cuba mendalami dan mengenali ajaran agama Islam. Dia sendiri mempunyai ramai kawan-kawan dalam kalangan kaum Melayu. Selain itu, dia turut belajar membaca al-Quran melalui kitab tafsir.

Apa respons kedua ibu dan bapa anda mengenai hubungan anda bersama Hans?

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
Alhamdulillah, ibu dan bapa saya menerima baik hubungan kami berdua. Bagi saya, keutamaan harus diberikan kepada ibu dan bapa. Selagi mereka tahu dengan siapa saya berkawan, itu sudah memadai.


Apakah perkembangan terbaharu anda?

Buat masa ini, saya fokus terhadap satu-satu projek sahaja. Sekarang saya sedang menjalani penggambaran untuk drama bersiri Gerimis Salju Naminara bersama Nazim Othman, Afiq Muiz dan Syatilla Melvin.

Katanya pada kosmo

Alhamdulillah...memang lebih baik orang bukan islam memahami islam dengan membaca tafsir al quran dan hadis, Kalau nak tengok perangai orang-orang islam sendiri memanglah jauh dari ajaran islam yang sebenar. Terutama akhlak orang islam masih lagi ke belakang berbanding dengan negara-negara maju, terutama dari aspek kebersihan dan budi bicara. 




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas