Saturday, February 22, 2014

Filem The Journey Berbahasa Cina Dapat kutipan sama seperti Ombak Rindu

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Filem tempatan ‘The Journey’ mencecah kutipan RM10.7 juta setakat ini yang merupakan antara kutipan tertinggi untuk filem keluaran tempatan di negara ini, kata sumber industri.

Filem yang memulakan tayangan pada 30 Januari lalu sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu juga mencatatkan rekod sebagai filem berbahasa Cina keluaran tempatan paling laris di negara ini.

Lain-lain filem tempatan yang pernah mencatatkan rekod kutipan tertinggi sebelum ini ialah 'KL Gangster' dengan kutipan RM11.74 million dan 'Ombak Rindu' dengan kutipan RM10.9 juta pada 2011.

'The Journey' arahan Chiu Keng Guan merupakan filem yang menceritakan mengenai kehidupan seorang lelaki konservatif dikenali sebagai 'Uncle Chuan' yang dipaksa menerima menantu berbangsa Inggeris. - UTUSAN ONLINE
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
Wah! hebat agaknya filem ni, sampai dapat kaut sampai hampir 11 juta. Hampir setiap hari ada video klip pasal movie ni, memang giler2 advertising ni....Agaknya ramai juga penonton di kalangan orang melayu yang tengok filem ni. Populasi orang cina di Malaysia lingkungan 3 juta. Pergh.... orang-orang cina di malaysia memang dah haus dengan filem tempatan. Mesti semua keluar beramai-ramai ke panggung. Ada harapan untuk buat filem Cina di Malaysia pada producer-producer mungkin akan keluarkan lagi filem berunsur orang cina tempatan. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas