Sunday, February 23, 2014

Erra Tabah Meghadapi Masa Hadapan Demi Anak, Keluarga dan Pekerja

Seperti tinta nyanyiannya, Yang Terindah Hanya Sementara, Erra menghela nafas panjang kemudian kembali menyedutnya dalam-dalam. Reda dan pasrah yang berbutir di bibirnya kedengaran mudah, namun di jauh di sudut sanubari, ada sebak yang bersenandung hiba.

"Tenang atau tidak, gelora atau berkecamuk, itu hal dalaman saya, dan kita tak boleh menghakimi perasaan orang lain dengan penglihatan mata kasar. Ada yang meraung kala sakit, ada pula yang sekadar bertahan, setiap orang ada cara dan saya dengan cara sendiri.

Menangis dua malam

"Saya tidak mahu bercakap banyak dan harap ini yang terakhir saya bercerita begini. Orang boleh cakap macam-macam tetapi kita yang menghadapi. Jangan kata kami tidak berusaha untuk menyelamatkan keadaan. Siapa yang mahukan perpisahan tetapi kami akur dengan perpisahan ini kerana kami telah berusaha," kata Erra sambil menekap mata.

Malam itu, tiada titis jernih jatuh ke pipinya, namun Erra mengakui, tangisannya sudah mencurah lebat ketika dua malam sebelum lafaz cerai berlangsung Selasa lalu.

"Saya sebenarnya sudah lama reda, ikatan suami isteri boleh putus kerana perceraian, tapi bukan ikatan dengan anak," ujar Erra terhenti-henti.

Mendapat kekuatan hasil dorongan keluarga dan rakan-rakan, kata Erra tanggal 18 Februari menjadi hari paling bersejarah buatnya namun tidak boleh lemah apatah lagi rebah.

"Saya ada tanggungjawab terhadap keluarga, anak dan pekerja saya. Kalau saya rebah, kalau saya menangis, kalau saya lembik, siapa nak tolong saya nanti.

"Kadang-kadang tanpa dinafikan, kita ini nampak kuat, tapi bila orang sudah tidak ada, saya akan lembik dan menangis tertonggeng juga, cuma orang tidak tahu," beritahu Erra lega.

Banyak kekecewaan dalam hidup, pernah bercinta dan putus tunang, pernah berkahwin dan bercerai, berkahwin lagi dan bercerai lagi. Bukan sembarangan rasanya kekecewaan yang dihadapi Erra selama ini.

"Saya pandang positif. Waktu zaman muda remaja dahulu, kita gila bila putus cinta, gila bila putus tunang, kenapa semua ini berlaku, rupa-rupanya Tuhan mahu melatih saya. Kalau tidak pernah merasa kekecewaan, bagaimana hendak melalui kekecewaan dan ujian lebih teruk pada masa akan datang.

"Tuhan Maha Kaya, saya antara insan yang dipilih oleh Allah untuk diuji dan diuji lagi. Doa saya moga terus kuat pada masa hadapan. Terfikir juga apa lagi ujian yang bakal saya hadapi, tapi jujurnya, saya tak mahu terlalu berfikir soal itu, risau jadi takut," titip Erra yang sudah merasai dua detik perceraian dalam hidupnya.
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Seni_Lakonan?id=WT_nAgAAQBAJ
Pertama dia bercerai dengan Yusry Abd Halim pada tahun 2006 hanya setelah tiga tahun berumah tangga dan kali ini, perkahwinannya bersama Emran terlerai dalam tempoh enam tahun.

"Dahulu saya tidak mempunyai anak, sekarang ada anak, lain keadaannya. Dalam perkahwinan pun, gagal yang pertama, kita mahu betulkan semasa perkahwinan kedua, tapi bila perkahwinan kedua pun hancur juga, sakitnya lain macam," tutup Erra. - kosmo
Semoga Erra tabah menghadapi dugaan dari Tuhan. Allah tidak akan menguji hambaNya kecuali dengan kemampuanNya. Setiap orang ada bahagian dugaan masing-masing. Segala ujian ini menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi masa hadapan yang penuh dengan cabaran. Setiap kesukaran pasti ada sinaran cahaya kebahagiaan yang menanti.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas