Tuesday, February 18, 2014

Engku Emran Dapat Hak Jaga Anak

Shah Alam: Spekulasi rumahtangga membabitkan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terlerai apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini. Perceraian itu direkodkan dihadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain selepas pasangan itu bersetuju untuk bercerai secara baik. Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memfailkan permohonan cerai secara baik dan permohonan hak penjagaan anak itu semalam masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Engku Emran.
Bagaimanapun, Erra Fazira mendapat hak lawatan bermalam, cuti sekolah dan cuti perayaan yang diberikan secara bergilir-gilir.


Pada prosiding itu Erra Fazira, 40, diwakili peguam Ahmad Nazib Johari manakala Engku Emran, 39, diwakili peguam Roshdan Sujak Rafie. Erra Fazira berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail. - metro

Takziah buat Erra dan Engku atas perpisahan. Kita hanya merancang Allah juga yang menentukan. Tapi hak penjagaan pada Engku Emran memanglah suatu yang jarang berlaku. Anaknya baru 5 tahun, hak penjagaan masih lagi pada ibunya. Mungkin Engku nak sangat anaknya, sayang sangat susah nak berpisah dan seorang yang penyayang. Banyak lelaki kalau dah cerai soal nafkah anak pun tak heran, nak melawat lagi la ...tinggal terus. Penceraian memberikan kesan yang mendalam pada anak, kalau boleh tak payah la bercerai, kesian anak. Tapi semuanya takdir...







Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas