Friday, February 14, 2014

Dato Siti restui hubungan antara Adib Khalid dan Umi Nazeera

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak melihat sebarang kesalahan apabila anak tirinya, Adib Khalid dikatakan sedang berkawan rapat dengan aktres Umi Nazeera.Siti, 35, bagaimanapun berkata, Adib dan Umi sebenarnya adalah kenalan lama kerana mereka sama-sama menuntut di sebuah universiti di Melbourne, Australia. "Saya tahu mereka berkawan rapat semenjak belajar di Australia tetapi sekiranya mereka bercinta ia bukan satu masalah kerana masing-masing sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri," katanya kepada mStar Online.

Siti ditemui selepas sidang media minggu setiausaha 'Lebih Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza' di Hotel Royale Chulan di sini, Khamis. Persembahan tersebut akan diadakan pada 15 dan 16 April depan di hotel berkenaan. Penyanyi itu mengulas mengenai kehadiran Adib bersama Umi pada konsert amalnya iaitu 'Where The Heart Is' yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumur (KLCC) pada 7 dan 8 Februari lalu. Dalam perkembangan sama, Siti berkata, hubungannya dengan anak-anak tirinya akrab dan ada kalanya mereka turut berkongsi masalah dengannya. - mstar
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
Bertuah dapat ibu tiri yang sentiasa menyokong dan menerima pilihan hati anak tirinya. Bukan mudah untuk menjadi ibu pada anak-anak tiri yang sudah besar. Kena banyak guna psychologi, mendekati secara kawan supaya mereka dapat menerima secara perlahan-lahan. Kalau tak sabar memanglah susah. Tahniah pada Dato Siti yang bakal menerima menantu.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas