Sunday, February 16, 2014

Che Ta Tak Rela Di madukan


PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita. Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian. “Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-Allah,” katanya.

Bagaimanapun tambahnya, dia hanya rela hidup berpoligami dalam kerjaya lakonannya sahaja menerusi sebuah telefilem khas terbitan Zeel Production berjudul Madu bersama barisan pelakon lain iaitu Zamarul Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aishah Ilias dan Ezzaty Abdullah. - mstar

https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJChe Ta bertuah dapat Zain, ada rupa, baik dan seorang yang mampu menyanyangi dan menyara Che Ta dan anak-anak. Bukan senang nak dapat lelaki yang sesempurna Zain. Semoga perkahwinan ini berkekalan. Feredea yakin Zain tak akan sesekali menduakan Che Ta. Tapi apa-apa pun boleh berlaku. Kita sebagai manusia sentiasalah berusaha ke arah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas