Tuesday, February 4, 2014

Biar Anak Mati Dulu

http://books.google.com.my/books?id=7gqoAgAAQBAJ&source=gbs_slider_user_shelves_7_homepage
Johor Bahru: “Saya sudah tua serta uzur, tapi saya berdoa mudah-mudahan Allah panjangkan umur saya dan jika boleh, biarlah anak saya yang mati dulu.” Itu harapan warga emas dikenali sebagai Samsiah, 75, dari Tampoi, di sini yang berdepan pelbagai kesukaran menjaga dua anak lelaki orang kelainan upaya (OKU). Samsiah berkata, dia bukan mahukan dua anaknya yang berusia 29 dan 55 tahun itu mati cepat, tapi bimbang tiada orang yang menjaga mereka apabila dia meninggal dunia kelak.


“Saya amat menyayangi mereka serta tidak mahu mereka hidup menderita dan terbiar apabila saya sudah tiada. Kini, walaupun serba kekurangan, kami tidak sanggup berpisah dan akan terus menghadapi ujian Allah SWT ini bersama-sama,” katanya. - metro

Ya Allah, sungguh besar ujian seorang ibu berusia 75 tahun, kebanyakan ibu dah boleh rehat-rehat, dapat duit pencen, main dengan cucu, tapi dia masih lagi bergelutan dengan bermacam karenah anak nya selama 55 tahun, tak dapat dibayangkan betapa besar dugaan ibu ini. Semoga Allah berikan ganjaran yang terbaik untuknya. Orang OKU ni memang sudah menjadi ahli syurga, kalau kita tahan bersama dengan mereka, insyallah kita akan turut sama dijemput ke sana. Semoga Allah berikan ketabahan dan takdir yang terbaik untuk ibu ini. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas