Tuesday, February 11, 2014

Ajai Bedah Hidung Sebab Masalah Kesihatan Bukan Nak Cantik

PETALING JAYA: Komposer Ajai meminta semua pihak agar tidak membesarkan isu kononnya dia telah menjalani pembedahan hidung untuk tujuan kecantikan tetapi perkara itu dilakukan atas sebab-sebab kesihatan. Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 40, berkata, dia telah menjalani pembedahan hidung pada Oktober tahun lalu di Pusat Perubatan Tropicana di sini selepas gegendang telinganya rosak akibat masalah resdung yang teruk.

"Saya harap tidak ada lagi yang buat cerita saya bedah hidung untuk mencantikkan wajah. Tidak sama sekali. "Sebaliknya saya telah melakukan pembedahan besar yang mengambil masa selama lima jam menukar batang hidung selepas masalah resdung saya menjadi teruk sehingga mengganggu pendengaran saya. "Selepas membuat pemeriksaan, doktor terus menasihatkan saya untuk menjalani pembedahan dengan segera," katanya.
- mstar



Memang benar orang yang mengalami resdung ni kalau boleh buatlah operation untuk membuang selaput lendir yang menggangu sistem pernafasan. Selaput ni semakin lama semakin merebak dan memakan kulit kita. Jaga-jagalah, atau makan habbatus sauda secara konsisten untuk dua tahun insyallah ada ramai yang dah berkurang. Lelaki kalau ada duit tak payah nak operation kasi cantik. Poket penuh aja, memang ramai perempuan yang cair. Lagi-lagilah perempuan yang hidup di bandar ni semuanya perlukan duit.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas