Thursday, February 13, 2014

Aaron Aziz Dah 6 Bulan Tak Buat Rawatan Pulih Tengkok

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz yang perlu menjalani rawatan fisioterapi akibat menghidap sakit sendi tengkuk (cervical Facet Arthritis) pada September tahun lalu mengakui masih belum melakukan rawatan tersebut.

Ini muka touch up 
Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 38, berkata, memandangkan dia tidak suka berjumpa doktor membuatkan isterinya, Diyana Halik sering merungut kerana dia kerap memberikan pelbagai alasan.

"Sepatutnya, selepas pulang daripada penggambaran Fear Factor Malaysia pada Oktober tahun lalu, saya perlu menjalani rawatan fisioterapi selama enam bulan tetapi sehingga kini saya belum melakukannya.

"Bukannya apa, saya tidak suka ke hospital untuk menjalani rawatan tersebut kerana saya rasa ia seperti membosankan. Lagi pun saya memang degil tidak mahu buat rawatan itu sehingga isteri pun bising," katanya.

Pada September tahun lalu, mStar Online melaporkan Aaron telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur setelah mengadu sakit leher dan terpaksa diberi suntikan steroid kerana perlu menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia. - mstar
Ini baru real 

Feredea memang dah memaklum sejak tengok rancangan tv interview pasal Aaron Aziz, dia memang tak suka pergi jumpa doktor tak kira doktor gigi pun dia bertahun-tahun tak pergi, cabut sendiri gigi dia. Kelakar pun ada. Feredea juga antara orang yang suka pergi jumpa doktor. Lebih suka ubat sendiri-sendiri di rumah, guna teknik urutan dan makan jamu, susu dan suppliment. Insyallah moga-moga Aaron Aziz semakin sembuh.






https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas