Monday, January 13, 2014

Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan Kena Tumbuk

HULU SELANGOR: Kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan terhadap bapanya, seorang lelaki bertindak menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan hingga mengalami kecederaan di bahagian leher, di pejabatnya di sini, petang tadi. Sebelum kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Kamalanathan dikatakan bertemu dengan bapa suspek yang meminta bantuannya untuk urusan memindahkan menantunya yang bertugas sebagai guru di selatan tanah air. Bagaimanapun, setelah diterangkan yang beliau hanya mampu memberikan sokongan, bapa suspek bertindak merayu hingga menyatakan sanggup mencium kaki Timbalan Menteri terbabit. Terkejut dengan tindakan lelaki itu, Kamalanathan memintanya untuk beredar dari situ. Beliau terus menghadiri perjumpaan lain di pejabatnya.

Sebaik tiba, beliau berjabat tangan dengan setiap ahli yang menghadiri perjumpaan berkenaan sebelum ditumbuk suspek yang kemudian menuduhnya menghalau bapanya siang tadi. Sehubungan itu, Kamalanathan terus membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung dekat Bukit Sentosa sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 324 kerana mendatangkan cedera. - hmetro
Inilah salah satu pengorbanan seorang guru, dah ramai yang nak minta tukar, tapi tak dapat atas alasan tertentu. Harap bersabarlah.

Jom Sauna!
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 
Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 
Teknologi sauna pants mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari
Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas