Thursday, January 9, 2014

Suri rumah rugi lebih RM60,000 disamun dua lelaki di rumahnya

KOTA BHARU - Seorang suri rumah disamun wang tunai RM18,000 berserta barangan berharga bernilai RM27,000, oleh dua lelaki bersenjatakan senjata tajam di rumahnya di Taman Desa Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, penyamun itu turut melarikan beberapa botol minuman keras pelbagai jenama (RM15,000) dan sebuah telefon bimbit dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu. Semasa kejadian mangsa Yip Nyok Len, 52, bersama pembantu rumahnya sedang berada di luar kediaman mereka apabila didatangi dua lelaki yang mengacukan pisau ke leher mereka, katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata, penyamun itu kemudian mengikat pembantu rumah mangsa, dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kediamannya, lalu mengikatnya pula sebelum mengambil wang tunai RM18,000, barangan kemas bernilai RM15,000, sebentuk jam tangan jenama Omega bernilai RM12,000 serta minuman keras dan telefon bimbit. "Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bertutur dialek Kantonis dengan mangsa tetapi bertutur loghat Hokkien sesama sendiri. Wajah suspek tidak dapat dicam kerana memakai penutup mulut dan topi. Suspek turut menggunakan dua bilah parang,” katanya. - Bernama

Hati-hatilah sekarang ni, dijangkakan lebih banyak kes-kes jenayah pada tahun ekonomi tidak beberapa stabil. Jadi kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan banyakkan berdoa pada Allah agar melindungi keselamatan kita sekeluarga. Mari kita bersama-sama baca doa ni setiap hari.




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas