Wednesday, January 8, 2014

Siri 3 Tersesat di Alam Kayangan

Pak Tua sudah menjangkakan Mustafa dan rakan-rakannya akan terus diburu oleh makluk suruhan Sang Mata Satu walau di mana mereka berada. Sesekali dia berasa kesian pada mereka, belum lagi mencecah dua puluh tahun, tapi dugaan yang mereka terima adalah amat dasyat. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Waktu muda adalah masa paling berani dan kuat dalam jangka hayat manusia. Pak Tua percaya mereka mampu bertahan kerana suratan takdir sudah tertulis. 

"Pak Tua, apa kita nak buat sekarang?" 
"Kamal, maaf Pak Tua tak sedar tadi..."
"Pak Tua, patut kah kita lepaskan si penceroboh ni atau bawa di ke balai polis?" Kamal bertanya lagi. Dia benar-benar kekeliruan atas segala yang terjadi. 
"Sama ada kau pilih salah satu, pun ia tak akan hentikan Sang Mata Satu untuk menghancurkan hidup manusia"
"Jadi Pak Tua? Apa yang patut kita lakukan?"
"Lepaskan dia,"
"Huh?"

New York


Daisie dan Mustafa masih lagi berada di dalam bandar New York. Mustafa mengambil kesempatan menggunakan sistem maklumat untuk mengorek lebih banyak rahsia dan pengkalan data agen-agen Sang Mata Satu sebelum berangkat ke alam kayangan. 

Kediaman Kamal

"Kring!Kring" Kedengaran bunyi dari talifon awam berbunyi berdekatan dengan rumah Pak Tua.

"Eh! siapa pula yang call ni?"  Kamal kebetulan berada di situ terus terus mengangkat ganggang talifon.
"Hello, ya nak cakap dengan siapa?"
"Kamal, Assalamualaikum,"
"Walaikumsalam, Mus kau di mana sekarang?"
"Aku di New York, aku nak kau tunggu di tempat persembunyian kita,"
"Baiklah!"

12 malam New York

Daisie sudah bersiap sedia dengan kelengkapan untuk mengembara ke alam yang jauh. Baju beli alam kayangan di sarung rapi. Kepalanya di saluti dengan topi yang berbentuk burung bewarna hitam.

"Oh! Padanlah aku tak perasan ada manusia kayangan yang datang, kau menyamar jadi burung rupanya,"
"Ha!Ha!Ha!, baru kau tahu Mus?"
"Inilah kali pertama aku bertemu dengan manusia kayangan seperti kau, sebelum ini aku ingat burung,"
"Sekarang kau dah tahu, kalau nampak burung yang besar dan luar biasa, mungkin mereka adalah dari kayangan, sekarang mari ikut aku,"

Mustafa berada teruja untuk menuju ke alam kayangan. Sebelum ini, rohnya belum lagi pernah mengembara jauh di angkasa. Mereka tiba di sebuah bukit yang terpencil di persisiran kota.

"Mus, kau jangan risau akan datang seekor Burung Uhuj datang menjemput kau nanti,"
"Itu yang aku risaukan, aku ingat kau nak dukong aku dan terbang di udara, hehe"
"Sebenarnya boleh bawa kau, tapi mungkin nanti terlepas pula sebab badan kau ni agak berat,"
"Ah! Sebenarnya aku gurau saja, tak kanlah kau nak bawa aku terbang, kesian kau nanti,"
"He!He!He!"

Mereka ketawa bersama.

"Shhhh! kau tunggu di sini, aku pergi tengok siapa yang datang,"
"Mus! itulah bunyi burung Uhuj, dia dah semakin hampir,"

"Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrk"

Seekor burung besar berbentuk helang datang mendarat. Mustafa terus melompat naik belakang leher burung Uhuj,"
"Kau pergi dulu, aku akan datang kemudian,"

Daisie terpaksa biarkan Mus berangkat dahulu ke alam kayangan, apabila kedengaran seperti manusia sedang berkeliaran.

"Who are you?"
Daisie hanya berdiam diri dan mengangkut tanda dia tidak mahu berkomukasi dengan pemuda itu. Lagaknya seperti orang yang sedang mabuk.



Bersambung


Sesat Di Alam Kayangan


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas