Wednesday, January 29, 2014

"Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya, bila lagi, bila lagi...? - Lisa Surihani


Menurut Lisa dia tidak kisah dengan pertanyaan ramai tentang bila lagi mereka suami isteri mahu menimang cahaya mata. Cuma dia berasa kecil hati bila ada beberapa pertanyaan diajukan padanya sehingga menyentuh soal yang terlalu peribadi. "Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya, bila lagi, bila lagi...? Ini semua kuasa Allah. Mungkin belum rezeki kami. Tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.

"Saya tak faham kenapa mereka tak sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan diri mereka dalam situasi saya. Bukan kami tak berusaha, tapi tidaklah sampai kami perlu berkongsi tentang perkara itu pada umum.

"Disebabkan soalan-soalan yang sensitif itu, membuatkan saya asyik terfikir walhal saya dan suami, kami okay saja. Sebab itu saya luahkan rasa kesal dengan sikap beberapa pihak itu di Instagram baru-baru ni, mujur ramai yang menyokong saya dan saya rasa lega", tuturnya yang hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim.

Dalam pada itu menyentuh mengenai perkembangan karier, Lisa kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Cicakman The Movie 3.

Beritahu Lisa, pada awalnya timbul juga rasa bimbang untuk bekerja dibawah arahan suaminya. Namun sehingga kini semuanya berjalan lancar.- http://bit.ly/1aGRuyE

Kalau sesiapa yang sukar hamil atau lambat hamil selepas kahwin memanglah rasa tertekan bila orang kerap tanya bila lagi? Mulut orang memanglah susah nak tutup. Tekanan pada isteri yang lambat hamil lagi teruk dari perempuan yang lambat kahwin. Orang takut perempuan yang andartu tu akan terasa, bila orang tanya bila dia nak kahwin, tapi ramai orang tak rasa sensitif pada isteri yang lambat dapat zuriat. Kesianlah pada mereka.
Semoga Lisa dipermudahkan untuk dapat zuriatnya sendiri.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas