Saturday, January 25, 2014

Rozana Percayakan Suami Awie


"Mula-mula agak terperanjat juga bila Awie nyatakan hal itu.  Saya ada tanya tidakkah nanti akan terdetik atau terimbau kisah lama.  Tapi, bila saya fikir balik masing-masing sudah punya kehidupan sendiri.

"Jadi, saya terus kata OK dan tidak menghalang pun.  Saya tidak mahu fikir benda lain, kerana percayakan suami.  Lagi pula, itu kan urusan kerja.  Selama ini pun, saya menyokong setiap apa yang dilakukannya," ujar Rozana yang ditemui di sidang media konsert itu semalam.
Erra dan Ziana masih lagi cantik macam dulu

Namun, satu perkara yang tidak diingini berlaku dalam perhubungan mereka ialah gosip dengan wanita lain.

"Sepanjang kami bersama, saya tidak pernah kacau kerja dia.  Gosip lain saya tidak kisah, tapi jangan gosip fasal perempuan.  Dari mula kahwin lagi saya sudah cakap tentang hal itu," kongsinya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga menambah, dia tidak meletakkan syarat tertentu untuk suaminya kembali bergandingan bersama Erra.
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Pertarungan_Antara_Dua_Alam?id=D6WaAgAAQBAJ
"Saya kenal siapa suami saya dan saya percayakannya 100 peratus.  Lagi pun, saya juga merupakan peminat Erra Fazira," ujarnya lagi.

Ditanyakan tentang penerimaan ahli keluarganya, Rozana berkata;

"Keluarga saya semua OK.  Ibu saya tak banyak cakap, cuma kakak sulung sahaja yang sedikit provok.  Tapi, macam yang saya katakan saya lebih percayakan suami."

Untuk rekod, sejak mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu, Awie dan Rozana sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata masing-masing berusia tujuh, enam dan empat tahun.  Selain itu, dua anak hasil pekahwinan terdahulu Awie juga tinggal bersama mereka.- mediahiburan

Sebenarnya Feredea agak teruja dengan teater ni, idea Awie ni memang bernas. Sekarang rata-rata media dah sebarkan secara percuma tuk permentasan Awie dan Erra. Hehe. Ramai orang suka tengok bagaimana Erra dan Awie mengawal perasaaan berlakon bersama setelah masing-masing sudah berkeluarga.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas