Thursday, January 30, 2014

Rogol Kekasih: Mohd (Mentor) Dianiaya Rakan Artis - Akhirnya Terbukti Dia Bebas dari Pertuduhan

Kuala Lumpur: “Malu memang malu, tapi yang penting sekarang saya bebas daripada pertuduhan itu,” jelas penyanyi, Mohd Mentor mengenai pertuduhan kes merogol seorang penyanyi wanita pada awal tahun lalu.

Mohd atau nama sebenarnya Mohamad Izwan Mohamad Nor, 26, berkata, selepas hampir setahun berdepan aib dan kemelut menjejaskan periuk nasinya, dia menerima berita gembira itu apabila dibebaskan sekitar September tahun lalu apabila kes itu ditutup kerana tidak ada bukti. Susulan itu, juara Mentor musim keempat ini berkata, dia turut berhasrat mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi menjelaskan secara terperinci kes terbabit. “Kalau ikut marah, memang ada marah lagi. Bayangkan aib hampir setahun, tapi paling penting saya sudah bebas daripada pertuduhan memalukan itu,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam. Mohd berdepan pertuduhan itu selepas dia didakwa merogol peserta Mentor 5 iaitu Noor Nazatul Farahin atau Zatul, 25, 31 Januari tahun lalu di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang dekat sini.


Berikutan itu, Mohd direman lima hari bermula 5 Februari 2013 mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. Bagaimanapun, selepas beberapa bulan siasatan berjalan, Mohd akhirnya dibebaskan daripada kes itu apabila polis mendapati pertuduhan dikemukakan tidak mempunyai bukti.
Mohd berkata, keputusan mengumumkan status kes itu kepada khalayak menerusi sidang media wajar dilakukan agar kekeliruan dan persepsi buruk yang timbul dapat dipulihkan semula. - metro

Itulah dugaan kehidupan kena fitnah sebab ada orang yang dengki dan tak puas hati. Dalam industri hiburan kenalah lalui semua ini, sebab kebanyakan adalah di kalangan orang melayu, tahu saja lah selalu dengki. Ada yang kena fitnah, kena bomoh, kena boikot. Tapi hanya yang bersabar saja akan berjaya. Dalam pertandingan Mentor 4 terbitan TV3 pada tahun 2010, Mohd menerima wang tunai sebanyak RM100,000 selepas menjuarai pertandingan itu.
Wapkan Wajah Anda Setiap Hari Pasti Nampak Lebih Cerah, Lembut dan Lebih Muda dari Usia

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas