Sunday, January 12, 2014

Rakyat Palestin meraikan kematian Sharon


Rakyat Palestin meraikan kematian Sharon
TEL AVIV - Bekas Perdana Menteri ke-11 Israel, Ariel Sharon yang turut dikenali sebagai 'Penyembelih Beirut' akhirnya menemui ajal di Pusat Perubatan Shena di Tel Hashomer semalam semasa berusia 85 tahun, lapan tahun selepas beliau berada dalam keadaan koma. Anggota-anggota keluarganya berkumpul di pusat perubatan tersebut untuk berada bersamanya pada saat-saat akhir kematiannya.


Dua anak lelakinya, Omri dan Gilad kerap berada di sisinya sejak 1 Januari lalu selepas beberapa organ dalam tubuhnya tidak lagi berfungsi. Mayat Sharon akan diletakkan di dalam bangunan Parlimen Israel sebelum ditanam di ladang miliknya di Negev di sebelah kubur isterinya, Lily yang meninggal dunia pada tahun 2000. Beberapa organ penting Sharon termasuk ginjal dan paru-parunya gagal berfungsi sebelum beliau meninggal dunia. Menurut akhbar Jerusalem Post, tekanan darah dan degupan jantungnya kembali normal pada Isnin lalu. Namun, tekanan darah dan degupan jantungnya semakin lemah pada Khamis lalu.
Sharon diserang koma pada Januari 2006. Sejak itu beliau hidup dengan menggunakan peralatan sokongan hayat. - kosmo
Percayalah setiap apa yang kita lakukan pasti ada akibatnya. Allah akan menilai walaupun sezarah perbuatan baik atau jahat yang telah kita lakukan. Apa yang pasti Allah pasti akan membalas segala kekejaman yang telah dia lakukan pada orang-orang yang tidak bersalah. 


Dapatkan Fesyen Busana Muslimah terkini

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas