Wednesday, January 15, 2014

Radio Tak Sabar Nak Siarkan Lagu Altimet

PETALING JAYA: Penyanyi rap dan komposer, Altimet mengambil langkah mempromosi lagu-lagu baharunya mengikut strategi pemasaran yang dilakukan oleh industri muzik Korea atau K-pop. Altimet atau nama sebenar Ahmad Abdul Rahman, 36, berkata, strategi melancarkan lagu baharu berserta video muzik sekali gus merupakan cara yang sangat berkesan untuk sesebuah lagu menjadi hit. Saya sudah buat kajian bagaimana lagu-lagu K-pop boleh menjadi hit iaitu mereka melancarkan single seiring dengan video muzik.

"Cara ini lebih berkesan untuk menarik perhatian pendengar dan baru-baru ini penyanyi Beyonce juga menggunakan cara yang sama sehingga album barunya mendapat sambutan yang sangat mengalakkan," katanya kepada mStar Online. Katanya, trend muzik di negara ini berbeza iaitu lebih mementingkan populariti sesebuah lagu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk rakaman video muzik.

Tambah Altimet lagi, pada awalnya strategi tersebut ingin dilakukan terhadap lagu Kalau Aku Kaya nyanyian bersama Awi Rafael, namun gagal apabila lagu tersebut dikeluarkan awal di radio. Katanya, lagu Kalau Aku Kaya tersebut pada asalnya dihantar ke syarikat rakaman Warner Music hanya untuk didengar, namun pihak tersebut telah menghantar awal kepada pihak radio untuk disiarkan.

"Lagu Kalau Aku Kaya dikeluarkan awal daripada perancangan kami atas sebab keterujaan pihak rakaman dan radio memainkan lagu tersebut. "Perancangan awalnya kami ingin siapkan video muzik terlebih dahulu dan lancarkan serentak dengan lagu itu dimainkan di radio," katanya. Sementara itu, Altimet dan Awi Rafael melalui lagu Kalau Aku Kaya turut bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke28 pada 26 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini. - mstar.
Feredea memang minat lagu Altimet, ada gaya tersendiri. Irama dan rentak lagu sedap didengar berulang kali. Altimet boleh pergi jauh macam Yuna.


Jom Sauna!
http://infojelita.blogspot.com/2013/06/kuruskan-badan-sepantas-3-hari-dalam_25.html
Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori. 

Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori 

Teknologi sauna pants infrared mampu membakar lemak di sekitar punggung dan paha denga hanya 10 min setiap hari


Percuma losyen panas lavender, gerenti panas dan membakar lemak, dapat juga melembutkan kulit dan berbau harum

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas