Friday, January 31, 2014

Nur Aishah Hati Kering Kejar Peragut Dengan Motor Sampai Dapat Tangkap

MELAKA: Keberanian seorang wanita mempertahankan beg tangannya daripada diragut bukan saja menggagalkan usaha peragut itu malah menyebabkan penjenayah terbabit diberkas di Bukit Rambai di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam, Nur Aishah Abdul Majid, 22, dalam perjalanan pulang ke rumahnya menunggang motosikal jenis SYM sebelum dia dihampiri sebuah motosikal ditunggang penjenayah dari arah belakang yang cuba meragut beg tangan miliknya.Tindakan peragut itu bagaimanapun gagal apabila mangsa tidak melepaskan beg tangan miliknya malah nekad mengejar suspek yang cuba melarikan diri sebelum terjatuh apabila dihimpit sebuah kereta PERODUA Kancil.

Penjenayah berusia 35 tahun itu terus diberkas pemandu PERODUA Kancil terbabit bersama rakannya yang kebetulan ternampak cubaan lelaki itu untuk meragut.  -hmetro
Memang berani Nur Aishah ni, sanggup membahayakan diri sendiri. Tak ramai perempuan yang punyai hati kering macam dia ni.


Penaja

Sinar Jahitan


Blouse, Baju Muslimah, Dress, Jubah, Tops, Fesyen Terkini

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas