Thursday, January 30, 2014

MasterChef Malaysia All Star, Celina Khor Tak Kecewa Kalah, Nak Buka Restoran Masakan Barat

PETALING JAYA: Pengacara dan peserta MasterChef Malaysia All Star, Celina Khor berhasrat membuka sebuah restoran walaupun gagal bergelar juara program tersebut yang berlangsung pada malam Selasa lalu.

Celina, 34, berkata, dia bercadang menghidangkan masakan Barat dan tempatan kepada pelanggan selain mengharapkan impiannya itu menjadi kenyataan pada tahun ini.


"Buat masa ini saya masih dalam proses perbincangan untuk memulakan perniagaan ini kerana saya sedar ia bukan semudah yang disangka," katanya kepada mStar Online.


Celina ditemui selepas majlis tayangan perdana program MasterChef Malaysia All Star peringkat akhir yang diadakan di First Aveneu Bandar Utama di sini.

Dalam pertandingan itu, peserta termuda Arshad Zamir Mohd Azmi, 21, bergelar juara dan berjaya menumpaskan 20 peserta lain.

Dalam pada itu, Celina berkata, dia tidak kecewa apabila kalah kepada Zamir kerana pemuda itu sememangnya berbakat dalam masakan.Dia juga tidak kesal tewas sebanyak dua kali pada peringkat akhir kerana baginya ilmu dan pengalaman yang ditimba menerusi program itu cukup berharga.

"Saya hanya mula memasak secara serius sejak dua tahun lalu dan tidak menyangka dapat sampai ke tahap ini dan pengetahuan tentang bidang masakan semakin bertambah.
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Pertarungan_Antara_Dua_Alam?id=D6WaAgAAQBAJ
"Zamir memang layak untuk memenangi pertandingan ini kerana dia bukan sahaja berbakat tetapi kreatif dalam menghidangkan masakannya," kata Celina.

Sementara itu, Celina berkata, dia juga bakal muncul dengan buku masakan keduanya dalam masa terdekat ini. - mstar
Feredea adalah salah seorang peminat rancangan MasterChef memang best tengok artis-artis memasak, paling best masa che ta, zain, dan sharifah shahora, micheal ang ada, tak lupa pada abang azwan yang sentiasa ada kontroversi. memang lawak dan seronok. Harap pihak astro akan jemput lebih ramai artis join program ni. Memang betul kata Celinna, apa yang penting bukannya kemenangan, tapi publisiti bagi artis memanglah penting. Kalau dapat tahan lagi lama dia dapat kurangkan kos publisiti untuk dirinya. 

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas